Friday, October 3, 2014

Rumahku Syurgaku :persediaan memasuki rumah

Amboi, tajuk bukan main lagi ye ....

Nak cerita, petang tadi ajak suami pergi kilang Miyao-Toki di Kulim. Ada jualan di sana. Sebelum ini, ada dengar tentang kilang yang jual pinggan mangkuk ni. Khabarnya setahun 2-3 kali aje dia buat sale. Baru-baru ini dah ada sekali. Masa tu saya tak tahu. Sejak minggu lepas, saya nampak iklan sale ni dalam group DRKSK. Ada yang tag. Kali ini jualan bermula hari ini hingga Isnin nanti. 

Petang tadi, sempat pergi. Itupun sampai dah jam 4.20ptg lebih kurang. Tutup pukul 5.00ptg. Lebih kurang 30min. saja saya cari barang. Orang, jangan cerita lah, ramai ... lihat gambar di bawah, Ini yang sempat saya pilih.


Pinggan nasi 6, pinggan lebar tu 2, pinggan bulat boleh letak lauk pauk 2, pinggan ala mangkuk tu 4, mangkuk sayur saiz sederhana 4, mangkuk kecil boleh letak sambal 2, 

Gambar atas, mangkuk paling atas 3 sederet tu, bukan set dia. Just mangkuk kosong, Saja ambil untuk letak gulai ke apa ke. 4 biji berlainan saiz.


Semua set bercorak seperti gambar ini. Corak kosong tanpa warna. Kecuali 4 biji mangkuk yang saya nyatakan.

Memang saja nak yang tidak berwarna. Tak lah di telan dek zaman nanti. Kat rumah sekarang, tak ada set pinggan mangkuk. Apa yang dibawa dari rumah mak di kampung masa mula kawin digunakan hingga sekarang. Termasuklah pinggan mangkuk yg beli fab, dapat hadiah tu. hehehee.... 

Bukan tak nak beli, tapi kurang berhajat kerana tiada rumah sendiri....kini baru nak merasa duduk rumah sendiri....selepas 8 tahun berkahwin. Rezeki Allah tetapkan, kita berusaha .... (bila dah dapat kunci rumah ni, khabarnya rumah 1 lagi pun dah nak dpt kunci....alhamdulillah)

2 comments:

  1. Akak pun pakai set warna putih ni. Pada akak senang nk mix n match dan lagi satu kalau terpecah senang cari ganti

    ReplyDelete
  2. Betul tu. senang match. kat miyaotoki tu ada juga jual yg berbunga, tapi tak minat, takut nnt org dah tak pakai bunga style tu ....

    ReplyDelete