Monday, October 27, 2014

Desa Sena : Rumah kami Syurga kami

Syukur alhamdulillah...

Segala puji-pujian untuk rabbul 'alamin. Atas limpah rahmat dan kurnianya, kami dapat memiliki dan menduduki rumah sendiri. Sangat jauh perjalanan saya dan suami untuk memiliki rumah sendiri. Banyak pancarobanya...
Namun, atas rezeki yang Allah kurniakan, dapat juga kami merasai duduk di rumah sendiri....selepas 8 tahun menyewa, Dari rm200, tuan rumah naikkan rm300 dan kemudian rm400, lepas tu pindah rumah setingkat, (rumah pertama pangsapuri tingkat 1), 3 tahun di pangsapuri ni, kemudian pindah rumah ke 2. Rumah kampung semi d. Sangat selesa rumah ini, rm350, Setelah 3 tahun juga, tuan rumah jual tanah dan rumah sekali...pindah lagi kami....Rumah Taman dekat dengan sekolah, rm600 corner lot. Sangat jatuh cinta dgn rumah ni sbb amat2 selesa, tanah luas, pokok mempelam dan kuinin yg banyak memberi kami rezeki...sampai banyak jugak sedekah dgn kawan2.... Akhirnya rumah yg kami beli siap apabila cukup 2 tahun. Ramadhan dapat kunci. 

Dan kini kami sudah mula mendiami Desa Sena bermula 1 Muharram bersamaan 25.10.14. Semoga penghijrahan ini membawa penghijrahan yang lebih baik buat kami sekeluarga... menuju redho Allah dan terus beriman dengannya

Majlis bacaan yasin dan tahlil telah diadakan pada malam tersebut, malam pertama untuk kami bermalam, mengambil keberkatan awal bulan, menjemput ajk surau berdekatan bersama anak Darul Hadis Ustaz Hanif Harun yg juga belajar di surau tersebut. Syukur alhamdulillah...










Gambar snap dari dapur sahaja. 

Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Amin.





1 comment: