Tuesday, September 9, 2014

UPSR 2014 : Di sini bermula...

Alhamdulillah. Segala urusan hari ini selesai. Menunggu esok pula yang bakal menjelma...Semoga urusan esok dan hari seterusnya dipermudahkan oleh ilahi.

Pabila hujun turun awal pagi tadi, hati yang telah bergetar, makin bermain irama yang pelbagai (hahahha...ayat...), sangat takut dan pelbagai keadaan terlintas diminda...hanya doa dan harapan




Hari ini hari permulaan UPSR. Sangat takut andai murid tak dapat hadir ke sekolah. Bagaimana jika terlewat, ada yang jenis bangun lewat, macam-macam bersarang...

Alhamdulillah, urusan UPSR berjalan lancar hari ini...

Biar yang telah berlaku, biar yang tidak sedap didengari, berlalu bersama mengalirnya air hujan ke dalam longkang, biar ia pergi walaupun meninggalkan tanda basah, yang basah itu akan kering jua pabila mentari menjelma...biar ia berlalu...semoga menjadi air hujan yang mencurah ke atas tanah...ia meresap memberi kebaikan pada tanah menjadi tidak berdebu, memberi kebaikan kepada sekitarnya, menjadi kekuatan pada pokok untuk terus hidup....

Guru buat yang terbaik untuk anak didik tanpa mengenal erti penat jemu...biar pelbagai cemuhan diterima...andai mereka menjadi guru, baru tahu hujung pangkal...

No comments:

Post a Comment