Monday, September 1, 2014

Desa Sena : Kebenaran MPSP dan renovation dapur

Sekarang ini sedang berlaku proses ubahsuai rumah. Minggu lepas, pergi minta kebenaran MPSP . Perlu bayar rm1200. Katanya nanti akan dikembalikan sebanyak rm500. 

Sedikit info untuk renovation. Pergi MPSP, ambil/isi borang di tingkat 6 (ke tingkat 10, adooiii konfius la pulak...) lepas tu turun bawah semula di kaunter, bayar dulu ye. Lepas bayar, naik semula ke tingkat tadi....Penting, jangan lupa bawa gambar rumah iaitu bahagian yg nak diubahsuai dan salinan kad pengenalan. Macam saya, saya ambil gambar dapur dari luar. Nampak mcm rumah kluster aje...



Kemudian, akan diberi buku seperti gambar di bawah. Segala plan ada, samada ubahsuai depan atau belakang dan borang ada dalam buku ni. Kalau ubahsuai atas dan bawah, perlu plan yg lain kerana itu tiada dalam buku. Juga perlu tandatangan jiran kiri dan kanan. Staff MPSP akan maklum dan bantu kita isi borang. Sehelai daripada plan ubahsuai yg ada dalam buku ini akan dikoyak untuk diisi.  


Selesai. Dapat la kebenaran ubahsuai rumah. Sticker kebenaran, permit ye.. perlu dipaparkan dirumah yang hendak diubahsuai. Saya tak pelekat, takut dikoyak mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya fotostat dan tampal di sliding door.

keluasan 8 kaki
telah dipecahkan

Dinding dekat sink tu hendak dipecahkan. 
Saya hanya buat penambahan dapur sedikit sahaja. 7" x 8" ( " = kaki). Tanah belakang hanya 8", setakat itu sahaja yg boleh ditambah. Lebar saya ambil 7" . Keseluruhan 20", tapi saya nak selari dgn dapur. Belakang bilik air dan bilik bawah, biar ada tanah. Nanti nak susun pasu saya yg ada pandan, pokok kari, cekur, dll. Heheee.... 

Nampak? Dah ada bim (benda alah tu eja mcmana?)
 Korek tanah, buat bim. untuk kukuh bangunan. Agar tidak retak dinding nanti...

Hari ni tiang pulak

No comments:

Post a Comment