Ketika membeli rumah ini, hanya seorang sahabat saya saja yang tahu, sebab beliau secara tak sengaja melihat borang biru yang saya pegang. (borang untuk di ttgn oleh boss saya). Itupun, dia serkap jarang yang mengena. Saya pulak jenis tak reti berbohong atau berdolak-dalik. Rahsia tersimpan kemas. Punyalah takut nak beritahu orang takut tak jadi lagiiii.....
Saudara saya aka kakak-kakak, abang dan adik-adik, siapa pun tak tahu, sehinggalah dapat kunci ramahan yang lalu. Saya maklumkan pada adik saya sebab nak minta dia wiring. Tanya kakak tentang kontraktor nak tambah rumah, bila mereka bertanya nak buat apa, saya kenalah bercerita. Tak kan nak menipu pulak kan. Oh, tak baik tu.... Itu pun, mulanya kakak saya ingat rumah pertama kami yang tak siap tu dah siap,
Bila beberapa kali kami berbual, dia pesan suruh datang rumah dia, ambil pokok-pokok. Dia suruh saya tanam. Nanti nak duduk, katanya pokok dah ada. Apa yang harus saya jawab, melainkan memberitahunya, "mana ada tanah nak tanam....tanah kecik aje pun...depan semua dah pemaju 'tile'kan siap. Tinggal belakang secoek aje... ". Bila katanya, kan tanah keliling, tanam la serai, pandan, inai, dll, baru saya beritahu ini rumah yang lain. Rumah tak siap tu single story...ada la tanah sekeliling buat keluar peluh sikit....Hiihiiii...maaf le, terpaksa rahsiakan (lebih baik dari 'kompang' kan?) ....maaf, punya alasan sendiri....
Itulah kisahnya...
Bermula pertengahan 2013, kami dah kerap pergi lihat progress. Bulan 10, makin kerap, Tahun 2014 ni, lagi kerap. Keterujaan dah bermula bila Disember, pemaju kata maybe Mac dpt duduk....oh....
Disebabkan selalu pergi lihat rumah tu, saya siap kata dengan suami, "tak dapat duduk, tengok bumbung jadi la" ....hahahhaa...maaf ye papa.... sampai muak saya....
Kami melihat progress rumah step by step. Bila dah siap pun kami ikuti lagi. Bila suami berbual dengan pekerja di tapak projek. Bila rumah siap kunci, kami masih dapat masuk lihat. Pekerja beri kami masuk rumah kami, check, berangan (hahahaa), pekerja datang basuh rumah pun kami ada, Tahu juga yang JKR, TnB dan MPSP dah check....sampai tertanya, bila nak dapat kunci ni,
Dari Mcc, April, Mei, tak dapat jugak kunci...Sampai muak dah nak p tengok rumah. Bila call, secepat mungkin, sebelum puasa. Sudahnya, Ramadhan nak habis lagi seminggu, baru tau... Isnin akhir sebelum raya, dapat tau kena p ambil kunci Rabu, Lagi 5 hari nak raya. Itu pun dalam tempoh 3 hari aje...yelah, lepas tu dah cuti raya.... kononnya boleh lihat bila time raya, sbb semua orang cuti. Yang sebenarnya, dah lewat sebulan... tergesa la...
Gambar sepanjang progress. Maaf la menempek banyak sangat. Bukan nak menunjuk, tapi catatan di angin lalu.
No comments:
Post a Comment