Alhamdulillah....
Kita semua telah selamat menjalani ibaadah puasa 2 hari. In sya Allah, hari ini hari ke-3. Syukur pada Allah, 2 hari ramadhan Allah turunkan rahmatnya dengan hujan yang berpanjangan seharian. berhenti sekejap-sekejap sahaja.
Semalam, di rumah kampung saya, hujan sangat lebat. Angin juga kuat. 3 keping bumbung rumah aruah mak ayah telah diterbangkan angin. Nampak sangat rumah tua seusia umur saya. Aruah Mak kata, rumah tu umur saya. Cuma ada penambahan bahagian dapur atas bawah masa saya sekolah rendah. Saya ingat sebab saya dan kakak-kakak, adik-adik kena angkut pasir, simen dan bata beri pada ayah. Ayah buat sendiri rumah tersebut. Selama ini kalau di kampung berlaku angin ribut, alhamdulillah, rumah kami terpelihara. Kini rumah tersebut nampak sepi walaupun adik masih tinggal di situ. Tapi nampaknya, ia pun tak dapat menyembunyikan kesepian itu seperti mana sepinya hati saya tanpa ibu dan ayah. Tambahan pula, adik saya tebang habis pokok depan rumah, dalam erti kata lain, angin terus menerus ke rumah, tiada penahan. Ermmm...malam semalam juga abang saya telah pergi melihat-lihat dan berkira-kira untuk menggantikan bumbung tersebut. Bumbung genting tersebut habis pecah jatuh ke bawah. Syukur juga sebab kereta tiada di situ. Biasanya itulah tempat kami park kereta, tepi rumah. Kebetulan, semalam kami keluar ke Alor Setar, jadi kejadian itu berlaku ketika rumah tiada siapa. Adik kerja.
Alhamdulillah, Iman dan Nuha dapat berpuasa penuh tanpa menyebut langsung tentang lapar. Malah, segar sahaja. Itulah keberkatan rahmat Allah. Biarlah musim panas, panas yang terik sebelum ramadhan, dengan rahmat Allah, cuaca bertukar. Syukur pada Allah. Semoga Iman dan Nuha dapat berpuasa penuh. Nuha biasa sahaja, Iman yang ada minta nak makan asam pedas ikan pari. Belum dapat tunaikan sebab semalam saya beli kepala ikan jenahak buat masak lemak cili api. In sya Allah, hari ini cuba tunaikan. Demi anak-anak dan bagi sokongan kepada mereka untuk terus berpuasa.
Dua hari berpuasa dan berbuka dikampung, hari ini dah sekolah semula. Oh, Isnin semalam, sekolah saya cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah. Tu yang dapat berpuasa 2 hari dikampung. Nuha saya cutikan semalam. Hehehee... Hari ini harap Iman dan Nuha dapat berpuasa dengan sempurna kerana hari ini akan ke sekolah. Yelah, takut letih.....
Alhamdulillah, Allah kurniakan anak-anak yang mudah belajar tentang sesuatu. Syukur padaMu ya Allah.
Selamat berpuasa semua.
No comments:
Post a Comment