Sunday, July 6, 2014

Ramadhan 2014 : Berpuasa & berbuka di Kampung.

Semalam dan hari ini, berbuka dan berpuasa di kampung. Semalam bertolak balik dah pukul 3 petang. Sempat beli barang dapur dan masak untuk berbuka. Hari ini, in sya Allah, masih berbuka di kampung. Esok masih cuti, dan tgh malam nanti dah nak balik rumah. Sebab esok misi mencari kasut raya anak-anak di Penang. 

Syukur dapat berbuka dgn adik bongsu. Minggu lepas pun berbuka bersama-sama, ramai-ramai dengan adik dan ipar, dan jugak kakak. 

Beginilah, saya dan keluarga kecil saya ie saya, suami dan anak-anak. Setiap kali awal Ramadhan, kami pasti akan pulang ke kampung untuk berbuka dengan adik bongsu. Kesian dia tiada siapa masak untuknya. Pasti kurang berselera makan. Bila masak, seleranya lain walaupun tak sedap :p. Sebenarnya, sejak saya zaman lepas universiti lagi, saya akan pastikan hujung minggu balik berbuka dengan adik. Yang penting masak untuk beliau. Dan saya akan pastikan saya masak cukup untuk sahur sekali.  Sekali balik, pasti beratus habis. Saya tak kisah. Konon masak sedap-sedap untuk adik. Adik saya belum kahwin lagi. Emak saya tiada ketika umurnya 13 tahun. Malas panjang. nanti sedih.

Syukur. Iman dan Nuha pun berpuasa cukup. Belum tinggal lagi. Terima kasih Allah, memberi anak-anak yang mudah belajar....

Note : Hari ini nak masak nasi daging.


No comments:

Post a Comment