Monday, July 21, 2014

Iman : Anugerah Nilam


Syukur alhamdulillah. Iman berjaya membaca buku sebanyak 244 buah setakat bulan Jun 2014. Bermula Febuari/Mac hari tu. 

Sebagai umi dan guru, saya bersyukur. Iman berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Saya juga berbangga kerana murid tahun 1 berjaya membaca sebegini. Baru 6 bulan di sekolah rendah. Pencapaian yang sangat baik. Saya amat bersyukur dan berharap akan lebih baik lagi. (saya bukan berbangga menabik dada, ia lebih kepada berbangga yang menunjukkan kepuasan atas apa yang beliau dapat lakukan) (sangat takut sesiapa yang membaca, salah tafsir....)

'Batch' di bawah adalah anugerah yang beliau dapat. Sekali lagi syukur pada Allah, kerana beliau berjaya mengekalkan kedudukan bacaan terbanyak setiap bulan. Bulan Mac, Iman mendapat anugerah bacaan terbanyak dalam aliran, bulan April saguhati bacaan terbanyak keseluruhan, tetapi bukan dalam aliran. Bulan Mei pula dapat kembali bacaan terbanyak dalam aliran dan bulan Jun juga dalam aliran yang dikongsi bersama seorang sahabat.  Bacaan mereka sama banyak. 


Anugerah ini disampaikan semasa waktu perhimpunan hari Isnin. Semoga Iman Haziqah Adhwa dapat mengekalkan bacaan dan mempertingkatkan lagi. 

Sebenarnya, kena kerah juga nak baca ni. Bila suruh baru gerak/jalan/buat. Umi yang pulun arah anak membaca. Bawa pergi Perpustakaan Awam Negeri. Baca dan pinjam buku dari sana. Sekali pinjam 20 buah. Setiap nama dapat pinjam 5 buah buku dan 1 majalah. Jadi guna nama adik Izzaz Nuha, nama umi dan papa, dapatlah 20 buah. Setiap kali pinjam buku, mesti pinjam juga majalah 4 buah. Majalah Upin Ipin, Ana Solehah dll. Pemberi semangat dan mengelak keterpaksaan atau kebosanan membaca buku. Alhamdulillah, Perpustakaan Awam Negeri sangat dekat. Jadi kena guna sebaik mungkin dengan kemudahan yang ada.

Doa dan harapan umi, agar Iman Haziqah dapat terus mencapai kejayaan cemerlang.

Note : sekadar catatan berkongsi kegembiraan dan kesyukuran, bukan berbangga....

No comments:

Post a Comment