Mak,
Ampun dan maaf dipinta kerana tak dapat berbakti pada mak. Dulu, sangat berhajat untuk membahagiakan mak. Sangat berhajat untuk membeli baju-baju baru untuk mak. Sangat berhajat nak bagi duit banyak tiap bulan kat mak. Sayangnya, hajat itu hanyalah impian. Namun, syukur, kerana mak dapat semua. Mak dapat dari anak-anak mak yg lain. Yg terlebih dahulu dewasa dari kami di bawah ini. Bertuah mak sbb ada anak ramai.
Mak,
Anakmu ini sangat rindukan mak. Sangat-sangat. Namun, apakan daya, hanya kenangan dapat mendekatkan kita. Dan kenangan juga menyesakkan dada. Sesak dada dengan kerinduan. Bila kenangan datang menyapa, seolah hendak ditepis kenangan itu pergi, agar tidak hadir kerinduan pada mak. Namun dengan kenangan lah membuatkan anakmu ini dapat mengimbau memori bersama mak. Sentiasa mengingati mak. Dengan kenangan juga lah anakmu akan dekat dengan mak.
Mak,
Mak pergi sebelum sempat anakmu membalas jasa dan berbakti. Mak pergi sebelum sempat anak mu mengenal erti kehidupan sebenar, Mak pergi ketika anakmu sangat memerlukan tunjuk ajar, sokongan dan tempat mengadu. Mak...
Mak,
Syukur pada ilahi, mak pergi tanpa menyusahkan sesiapa. Tanpa menyusahkan anak-anak mak yg 9 orang. Mak pergi sekelip mata. Malah 2 orang anak mak tak sempat melihat mak saat akhir. Kami redha.
Mak,
Anak mak sangat memerlukan mak sekarang. Mak, kembalilah mak. Hadirlah mak, hadir dalam mimpi anak mak ni. Dah lama mak tak datang dekat anak mak ni. Dah lama mak tak hadir dalam mimpi anak mak. Mak...
Mak,
Bertuahnya mak dapat berkahwin dengan ayah. Dapat suami seorang Imam. Dapat suami seorang yang dihormati. Dapat suami yang tidak pernah kenal erti penat. Sentiasa bekerja mencari rezeki untuk anak-anak, untuk keluarga. Dapat suami yang sangat gigih. Mak tentu berbangga dan merasa bertuah kerana punya suami yang menyediakan rumah besar untuk isterinya. Rumah yang dibina sendiri. Bukan satu, malah dua. Dua buah rumah. Kami anak-anak sangat bertuah kerana bahagian dapur rumah, juga hasil keringat kami. Tengah-tengah hari rembang, kami kena suruh oleh ayah untuk mengangkut simen dari luar, bawa masuk dalam dan bagi pada ayah yang sedang menyusun bata. Kena angkut bata, kena angkut tanah. Walaupun tak seberapa jika hendak dibandingkan, tapi kami sangat bertuah kerana pernah merasai pengalaman seperti itu. Kami sangat bertuah kerana hingga sekarang, rumah kita adalah rumah yg sangat besar berbanding orang lain. 1980-an lagi, kami tinggal di rumah batu. Rumah batu 2 tingkat. Besar. Sangat bertuah kami mak.
Mak,
Jika sekarang, orang ada istana hinggap, kita dari dulu lagi dah ada rumah kedua. Rumah tu pun, bukannya kecil. Rumah besar. Setiap hujung minggu pasti kita akan ke sana. Ayah berkerja di kebun menanam pokok-pokok, Mak memasak. Kami bakar ubi atau pisang dengan menggunakan kayu api. Sedap sangat. Peqhak pun ada. Macam tak pernah dok kampung. Seronoknya masa itu, kami menyusuri batas-batas jagung ayah bermain hujan. Main air hujan yang mengalir bagai air terjun. Indahnya kenangan itu. Seronoknya kami anak-anak mak bermain seolah tak pernah masuk kampung. Merayau nun sampai tepi hutan tanah belakang, nun hujung tanah dekat rumah 'toksom', belakang rumah 'tok japaq'. Seronoknya dapat panjat pokok 'moktan'. Makan 'moktan' atas pokok. Kutip buah sawa. Kenalnya buah laka. Buah melaka. Pahit dan masam. Buat jeruk. Seronoknya masa itu, dapat tidur di rumah 'bukit'. Kalau ayah kata nak pi 'bukit', memang seronoklah. Sebab, malam-malam sejuk. Bunyi unggas yg sangat kuat. Dengar bunyi burung tukang. Yg kelakarnya seronok sebab dapat tidur di rumah bahagian atas papan. Dapat duduk rumah kayu ala-ala rumah kampung. Rumah tu sangat cantik. Almaklum, rumah kita rumah batu. Jadi nak sangat duduk rumah kayu mcm orang lain.
Mak,
Makin rindu bila mengingati semua kenangan ini. Kini semua dah tiada. Mak dan ayah pergi dahulu. Yang tinggal hanya kenangan. Sayangnya, rumah ke dua kita pun sudah tiada dek ditelan usia. Di telan zaman. Rumah tu dah rosak mak, sebab tak da sapa jaga. Tanah yg luas tu pun dah jadi hutan. Penuh dengan pokok-pokok tak berguna. Cempedak dan rambutan pun dah tak berhasil. Sebab tak terjaga.. Anak-anak mak semua duduk tempat lain. Mencari rezeki. Alhamdulillah, rumah 17 masih elok. Adik duduk situ. Dan kami selalu balik. Paling gembira, bila cucu dan cicit mak beraya di rumah 17. Alangkah gembiranya kalau kita dapat berkumpul semua. Pasti meriah. Mak dah ada cicit sekarang. Sangat comel cicit mak.
Mak,
Anak mak yang sorang ni, hanya ada 2 anak perempuan. Tak dapat menjadi seperti mak, punyai anak yang ramai. Meriahnya bila ramai. Rezeki yang Allah beri. Redha. Dan sekarang anak mak memahami, kenapa dulu mak selalu cakap itu ini, ajar itu ini, marah itu ini, kini anak mak dah merasai.....syukur mak dah ajar semua tu. Tapi anak mak ni tak mampu jadi seperti mak sangat lembut. Yang sangat sabar. Yang sangat baik.
Mak,
Sangat-sangat rindu pada mak. Sangat-sangaaaaaaaaaaatttttt....
Mak, lapaq nak makan pulut sekaya mak, tepung talam mak, bengkang ubi mak, tepung bungkuih mak, dodoi mak. Makkkkk.....banyak benda tak dapat mengadu....tak dapat luahkan....terpaksa telan sendiri......makkkkkkk......
Mak,
Terima kasih kerana melahirkan, menjaga dan mendidik, memberi yang terbaik pada kami anak-anak mak. Jasa mak tak dapat kami balas. Dan kami tak dapat jadi seperti mak. Semoga mak damai disana, bersama mereka yang beriman. ~al-fatihah~ 1997-2014. Dah 12 tahun mak pergi...
Hanya doa dan kenangan mendekatkan kita.
Semoga arwah mak dan ayah ditempatkan bersama orang orang yg soleh di sisi ALlah Taala...amin
ReplyDelete