lama saya tak menulis di sini. bak kata org, "sangat sibuk mengalahkan menteri".
sibuk dengan kehidupan. sejak anak bersekolah, bertambah tugas kerana slps pulang, kena hantar anak ke kelas kafa. Iman bersekolah kafa di skptk. cukup 3 jam kena ambil balik pulak. 3 jam tu sempat la sapu sampah, siram pokok, ambil baju di ampaian. rumah saya mmg kena selalu sapu, ruang angin banyak, jadi, habuk mudah masuk. saya pulak kalau lantai dah terasa 'bekasap' tu, mmg kena sapu la. pagi2 keluar rumah, mmg dah siap sapu dan kemas rmh. tapi balik akan sapu lagi. baru puas jiwa dan raga. senang hati nak berehat. hehhee...bnyk kerenahkan....
dan saya juga menjaga anak saudara suami. selepas ambik dari sekolah, anak saudara tersebut akan berada di rumah saya sehinggalah petang pukul 5.20ptg. sesungguhnya saya sangat stress dgn keadaan ini. saya bukan mengambil upah menjaga, hanya sekadar menolong. tapi yg ditolong kadang2 tak memahami keadaan kita. saya bekerja, saya pulang dalam keadaan penat, saya perlu rehat. hanya org yang memahami tugas guru sahaja tahu beratnya kerja guru. semoga keikhlasan saya dibalas dengan rahmat dari Allah s.w.t. tapi hari tu, saya ada baca dlm fb, selagi kita berkata kita ikhlas (dlm apa jua keadaan), bermakna kita tidak ikhlas....huhuuuuuu....bkn tidak ikhlas, tapi org perlu juga memahami keadaan kita, jgn sampai yg baik jadi tidak baik.....masalah negara betul.
contohnya, hari isnin @ selasa, biras saya (lelaki) akan bercuti kerana dia bekerja di hujung minggu. pada hari tersebut, anak akan dibiarkan bersama saya. dia boleh tidur senang lenang dan ke mana sahaja tanpa merasai tanggungjawab tentang anak. pada saya, hari tersebut, ambillah anak di sekolah dan jagalah. saya pun kerja juga. saya pun nak rehat jugak. kalau kebetulan suami saya cuti pada hari tersebut, suamilah yg akan mengambil dan menjaga anak2. dia cuti, rehat, suami cuti, jaga anak org. kalau kami ambil duit atau diubah, tak kisahlah....ini sekadar menolong setelah diminta. dan saya mmg tak minta upah pun.
tak faham la dgn org!
banyak sangat tentang ini nak saya luahkan, tapi saya rasa biarlah saya telan sendiri. sabar itu separuh dari iman. semoga allah permudahkan urusan kita dan memberi rahmat dan hidayahnya pada kami sekeluarga.
cuma saya ingin nyatakan, dulu anak saya 2 org bersekolah, (sekarang iman dah sekolah rendah), ketika mengambil anak, suami akan gunakan kereta w/pun anak2 minta ambil dgn motor (kes seronok nak pakai helmet). sebab nak melalui jalan raya. risau andai bersentuh dgn kenderaan lain. bahaya tu....walaupun perjalanan hanya 5-10 minit shj, tetap melalui jalanraya (bkn lorong atau jalan dalam taman yg kurang kenderaan). masalahnya, ada ketika saya meminta adik ipar mengambil anak2 kerana suami bekerja siang dan saya ada kelas ketika itu (mmg tak boleh keluar), beliau akan mengambil anak2 dgn motor. pernah sekali dia ambil dgn kereta, tapi bising jalan jam dan nak cepat masuk kerja semula. lalu, slps itu dia mengambil dengan motor. izzaz nuha akan duduk dibelakang dengan menggalas beg sekolah. anaknya di depan. tak kisah lah, izzaz nuha ddk belakang, tapi dia tak fikir kah kalau jatuh, atau pegang tak kuat. suami sendiri tak ambil anak dgn motor. waktu peak pulak tu jalan raya time tu. entahlah, susah nak cakap. helmet pun tak pakai.....
itu belum kira saya kena masak slps pulang dari sekolah setiap hari. selalunya saya akan masak ikut keadaan. kalau penat sgt, saya tak masak, atau saya masak petang, tapi bila ada anak saudara, saya terpaksa memasak. tak sampai hati nak biarkan dia lapar. anak2 saya dah biasa, nasi goreng pagi, roti, biskut atau apa sahaja boleh dimakan sblm saya masak nasi. tapi skrg saya terpaksa la masak nasi awal w/pun letih hanya allah saja yg tahu.
saya juga menyuruh anak saudara ini mengaji al-quran di rumah sebelah bersama iman dan nuha. bayaran secara sedekah. malangnya tak pernah pun adik ipar bersuara bertanya berapa bayaran, nak bayar ke hapa ka. cakap susah, tak cakap pun susah. mcm skrg saya bercerita disini, seolah kedekutnya saya. bayar je lah. bayar aje, bkn banyak pun kan, tapi tanggungjawab mereka????? saya kira berbudi?
sampai satu tahap, terfikir.....saya dan suami tak mampu nak tukar kereta motor baru. yg ada tu aje kami pakai. mereka, tukar kereta baru, motor baru.....
belum bab dtg ambil anak sambil merungut, kerja banyak la, ....bla....bla.... terasanya kami, kami bukan ambil upah jaga anak, tapi kami menolong. faham la. kami suami isteri juga bekerja. kalau saya suri rumah, saya tak kisah.....susah la nak cakap bagaimana perasaan ini. seolah mengaduh krn kena ambil anak cepat.
dan saya jugak diminta utk mengajar anaknya bersama anak saya....menolong buat kerja rumah....huhuuuu.....saat ini, terasa lbh baik saya kerja kilang seperti mereka. senang cerita.
mula dulu, saya menunggu mrk dtg ambil anak, dan saya biarkan anak saya di sekolah kafa. saya ambil lewat. tengok bagaimana kita rasa tanggungjawab itu. skrg, kalau pukul 5.15 mrk tak ambil lagi, saya bawak naik kereta pergi ambil iman di sekolah kafa. nanti mereka pergi ambil di sana. pernah beritahu saya asyik jalan jam kerana lambat sbb terpaksa p sekolah kafa. jadi mereka balik lambat la.....
hadoiiii....lepa kira lewat lepa aje, habis takkan saya nak biar anak gadis kecil saya tertunggu di tepi pagar sekolah, sdgkan semua dah balik. tak bahayakah? korbankan anak saya, tapi jaga anak org lain?
diluah mati emak, ditelan mati bapak...............yg pasti ibu ayah saya telah tiada.....(buat kelakar sikit...bagi hilang rasa radang....) alfatihah untuk mak, ayah, kak nuriah....semoga ditempatkan bersama org yg beriman...
mak, org rindu mak....banyak masalah org nak kongsi dgn mak, nak dpt nasihat mak.....
No comments:
Post a Comment