TAPAH – Dua beradik maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 348.3 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhamad Nadzim Ishak, 39, dan adiknya, Mohd Nadzrul Khairi, 34 yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur disahkan maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai ekoran sebuah kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan sebaik melanggar sebuah kenderaan.

Keadaan itu menyebabkan Proton Satria yang dinaiki dua beradik itu berpusing dan masuk ke laluan kanan sebelum merempuh pacuan empat roda itu.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sementara pemandu pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis masih menyiasat punca kejadian termasuk mengesan sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

maklumat berlainan dari 2 akhbar berlainan. 

al-fatihah untuk nadzim dan adiknya. tak dapat saya bayangkan pilunya hati isteri beliau dan 4 org anak mereka.
kali terakhir saya berjumpa ketika kami buat reunion pada raya 2013. 

saya sangat terkejut.

jadi, kita perlu beringat tentang diri kita...perlu bersedia bak kata 'beribadah seolah kita hendak mati esok dan bekerja seolah kita hendak hidup 1000 tahun lagi'