terapi minda
|
orkid ni dah 3 bulan. belum nampak ciri-ciri nak layu. sangat puas hati |
|
banyaknya bunga....hahhaa...beli masa ia putik....agaknya lps ni nak ambil berapa lama nak keluar bunga semula xtau.....ngeh3x...sendri mau ingat |
|
kemboja tanpa bunga |
|
pencinta orkid akan tersenyum puas bila ada yg berputik....dah lupa warna apa |
|
tempat ampai baju jadi tiang orkid |
|
kacip fatimah, pucuk buat ulam, daun dijelur kering boleh rebus buat teh. utk dalaman wanita, seorang tukang urut beri anak pokok pada saya. |
|
pandan dalam pasu. saiz kecil aje la..... senang nak pindah nanti |
|
pucuk kesukaan saya...asin-asin @ sasin @ pucuk manis. kalau saiz ni, boh dalam maggi sedap.... |
|
orkid ni baru habis bunga. warna kuning saiz kecil |
|
paku lang...., ambik benih dari celah pasu orkid yg tumbuh sendiri. belai dan jaga sampai besar begini |
|
menumpang pokok kuinin depan rumah |
|
2 jenis orkid kelapa, jenis tanam atas tanah. sebelah kanan tu blm keluar bunga. beli anak saja (sebab mahal), cuba belai dan bajainya....bila nak keluar bunga ya.... |
|
limau kasturi tu baru tumbuh pucuk baru, dah berbulan, pucuk baru diserang belalang. asyik makan saya punya pucuk, sampai tak sempat dia jengah wajah baru, kena makan dgn belalang. pandan lama, banyak membiak, yg di atas tu pasu ke-2 |
|
kali ini tak kena serang ulat dah, kalau tidak, asyik jadi mangsa ulat macam pacat kat daun kari ni. saya sembur racun. tapi seminggu tak boleh guna la daun nya. racun kan. mujur daun kari hasil tanaman org lama ada di luar pagar rmh. |
|
Pokok nam nam @ katak puru. sejenis buah yg disukai org mengandung. sedap. orang lama tinggal. saya baja dan siramnya....merah tu pucuknya |
|
orkid baru lagi.(pokok lama, baru keluar tunas bunga baru) 2 batang. warna purple pekat. tak sabar menunggu ia berkembang. bahagia dan kepuasan saya rasai.... |
|
orkid cameron highland (saya bagi nama, mcm yg banyak tumbuh meliar di sepanjang jalan ke cameron). alhamdulillah, bunga tak pernah putus. |
betul-betul terapi minda. satu kebahagian dan kepuasan bila melihat pokok tumbuh dengan segar
bukan gambar lama...semuanya diambil petang semalam.
6 hari cuti, tak kemana-mana, balik kg sehari sahaja. yg lain duduk diam kat rumah sbb tak sihat. 1 kepuasan bercuti.
Terbaikkkk....
ReplyDeleteTerbaikkk...la zie...
ReplyDeleteTerbaikkkk....
ReplyDelete