Saturday, December 7, 2013

Sukarnya melawan perasaan tidak baik

Allah sedang menguji diriku tentang keIKHLASan.

Sesungguhnya, aku hanya manusia biasa. Ya Allah, hindarilah diriku dari perasaan yang tidak baik. Jauhkanlah semua sifat tidak ikhlas itu. Jauhkanlah dari semua sifat buruk.

Aku ikhlas pada melakukannya ya Allah, sangat ikhlas bila kukatakan 'ya'. sungguh ikhlas. Namun, selepas itu, bila melihat pada keadaan, jauh di sudut hati, hasutan syaitan mula menguasai diri. Aku terpaksa berlawan dengan perasaan sendiri yang sangat sukar untuk diketepikan. Aku ikhlas, tapi aku tak yakin dapat menanganinya sehingga hujung tahun....

Ya Allah....Janganlah uji diriku lagi ya Allah. Ku bermohon padamu ya Allah, ikhlaskanlah hatiku sepenuhnya tanpa sedikit pun rasa tidak baik.....

Semoga keikhlasan ini akan membuahkan hasil dengan rahmatMu ya Allah...

No comments:

Post a Comment