Anak sulung saya baru nak masuk sekolah darjah 1 tahun 2014 ni. Jadi, pertama kali lah saya membuat persiapan membeli keperluan baju sekolah. Setelah dihitung semua, rm330 jugak habisnya. Antara barangan yg saya beli ;
1. Baju sekolah : 3
pasang (3 jenama- school, kamdar,dexwin) harga setiap 1 rm 26, rm 23, rm20 -yg
terbaik, yg murah……last beli ;2 beli di supermarket, dexwin tu beli di
kedai/pusat peralatan sekolah)
2. Kain sekolah : sama
seperti di atas. Asing-asing jualnya. Harga hamper sama dengan baju.
Dekat Alamoda SP, baju sepasang baru rm20. Murahnya.
Setengah harga saja dari yg saya beli. Mujur, saiz paling kecil, agak besar utk
Iman. Kalau tak, terasa ruginya….Kain pun elok (kualiti). Selalu org beli
canggih pun, mahal. Sehelai rm23.
3. Tudung : 4
helai -setiap satu rm8. Beli kat Alamoda SP, mula beli sehelai, tapi bila cari
lagi, semua kedai jual kain yang kurang elok. Macam panas. So, last, pergi cari
lagi di Alamoda pada minggu yg lain. Kain lycra yg sejuk 4 helai sbb takut
lambat kering, maklum, kena basuh tangan. (saya beli yg ada awning, Nampak kemas
sikit-dah tanya PKHem, boleh pakai jenis ni)
4. Singlet : 3 helai. Mula beli sehelai yg
biasa aje. Rm 4. Kemudian beli lagi 2 helai kualiti baik sikit. Bahagian baju Disney,
princess tu. Mmg kain elok, sejuk. Siap ada
cartoon comel kecil kat bahagian tepi bawah
5. Stokin :
2set = 6 pasang. Tapi akan pakai 3 aje dulu. Beli lebih takut tak sempat
kering.
6. Kasut : 3 pasang. 2 pasang tu yg biasa
(jenama pallas dan asadi). Sepasang lagi rm8. Jenis getah/plastic. Pakai hari
ada Pend. Jasmani.
7. Beg sekolah : dah
pesan dari tahun lepas, nak yg ada roda. Ok, sesuai, sebab Iman dan umi akan
berjalan aje setiap hari ke sekolah. Tak la penat utk umi galas beg kakak. So,
akak tarik sendiri. Rm65, harga asal rm79. Semua kedai, supermarket, kios harga
sama-79. Cuma 1 kedai ni aje boleh kurang. Kedai Alim, sebaris dengan Alamoda
SP.
8. Kotak pencil
c sejak mula cuti hari tu, saya survey harga dan kualiti. takut mana tau, ada tempat boleh dapat harga lagi murah. tapi semua sama sahaja harganya. kira baju sekolah, kasut, fix harga. kalau ada discount, semua supermarket ada discount utk jenama tersebut. lagi satu beli awal, sebab takut saiz kecik Iman tiada nanti....
alat tulis, semua dah ada, sebelum ni saya beli pencil berkotak2, pemadam berbungkus2, pembaris, gunting, dll. ada yg dapat hadiah di sekolah masa last persekolahan. ada yg kawan bagi time birthday.....semuanya saya simpan. kalau dah ada, guna yg lama dulu, kawan bagi, umi simpan. yalah kan, sehari guna hilang, 3 minggu guna dah patah sebab dah mengecil, jadi umi sediakan dirumah agar sentiasa ada. tapi bukan boleh ambil sewenag2nya. umi simpan, siapapun tak boleh ambik sendiri.
semuanya atas sebab tak nak anak merasai mudahnya mendapat sesuatu. kalau baru guna dah hilang, kena cari balik, kalau tak, senang2 aje nak ambik baru tanpa merasai dan menghargai barang sendiri. Iman mmg pernah kena bambu (utk mengajar) kerana asyik hilang, beri kawan....
alhamdulillah, sekarang, mereka pandai jaga, kadang tu, bila dah pendek pun masih guna, nak minta takut umi marah. hahahaa....
barang Nuha, hanya beli beg sekolah aje. tu pun dapat paling murah. beg beroda rm29. besar pulak tu. Nuha jenis tak kisah. apa pun tak apa, pulak tu dapat beg beroda, suka la.... baju pakai aje tahun lepas, campur baju kakak lagi. cukup utk 1 minggu kalau umi tak basuh pun. hahahaa....
keperluan biasa aje macam tu....banyak jugak berhabis....
eh, buku sekolah tak termasuk, buku2 dan sehelai seluar track sekolah, rm118. jadi, rm450 untuk persekolahan Iman. huh....lap peluh kami.....
No comments:
Post a Comment