Tuesday, December 10, 2013

Cuti Sekolah : Frozen


Balik kelas photoshop ahad lps, bawa anak-anak menonton FROZEN. Asyik bertanya saja, bila nak tengok, padahal selasa lps dah tengok cerita FREE BIRD.

Best cerita frozen ni...dengan muzikalnya...menarik! TGV & GSC sini tak ada pulak frozen dlm BM. Yg BM ni, dalam bentuk 3D kan.... 

Semalam, lampu dalam wayang yg kiri kanan tu tak tutup. Agaknya sebab ramai kanak-kanak, nanti takut pulak mereka. Mmg sangat ramai. Boleh dikatakan semua bawa anak-anak. Tapi ada la 3-4 family yg anak dok bising. Lecehlah sikit. Tapi tak kisahlah, memahami.... individu tak da anak, pasti bengang, boleh pulak ayah dok sembang ngan anak kuat-kuat.

Hari Selasa tu, dah bawak anak-anak tengok free bird. Cerita biasa-biasa aje, dan tak la lawak sangat. Tak banyak gelak. Masa menonton tu, hanya ada kami berempat dan 2 couple melayu, 1 couple chineese. Semua 10 org aje....best. 1 Couple melayu tu, ddk depan kami. bila cerita nak mula, pindah ddk hujung sekali. tempat tiada orang. jangan bersangka tidak baik, tapi krg enak bila saja p toleh. hadoiii...melayu menonton wayang..... 

Saya hanya bawa anak-anak menonton cerita yg sesuai dengan mereka sahaja. Tapi semalam ada part kiss. Alamak. Cerita melayu, saya hanya bawa menonton Upin & Ipin : Pengembaraan bermula dan cerita yg cakap BI tu, lupa lak tajuk. Itu aje.... 
Cerita melayu yg lain.....kami pun tak pernah tengok cerita melayu....bahaya....pada saya bahasa dan ilmu yg dpt sedikit negatif. Mat rempit, terajang engkau aku, sekeh org, curi, lawan ibu bapa....

Maaf, terpulang pada penilaian masing-masing (mcm one of my member, tengok wawa semput, lps tu anak dok cakap tentang datang bulan, period...aku...dll...pastu dok tiru bahasa kurang enak dlm cerita tu.) Tak suka lah saya. Even nak beli CD pun, saya tapis dulu. CD karton aje banyak. Cerita melayu, ...... :p tapi tu la, asyik kartun, kartun, kartun, Izzaz Nuha la tu. Sambil makan nasi boleh cerita kartun.... 

Tapi sejak peperiksaan mereka yg lepas, saya dah cut waktu tengok kartun. Sekarang pun, ada masa tengok tv. Cuti bukan sewenang-wenang boleh tgk tv. 

Alhamdulillah, dah banyak buku mereka habiskan dalam cuti sekolah ni.

maaf sekali lagi. yg buruk itu datang dari saya. 

No comments:

Post a Comment