Wednesday, September 18, 2013

Street Art ~ Penang : Akhirnya kujejakimu jua...

Cuti hujung minggu bersama cuti hari MALAYSIA. Yeah...3 hari cuti... 

Usyar Sentosa Villa Taiping (macam sangat best tempat ni), penuh, Paradise penuh, nak ke Cameron, terasa malas sbb nanti akan bersesak dgn orang ramai (dah cuti, pasti ramai punya), nak ke Pangkor, tak best, hotel tak menarik, mahal, tapi setakat chalet buruk, kalau balik hari, lps mandi di Pulau Giam, nak kena mandi air paip, tempat nak mandi menggelikan....huhuuu.....tak selesa langsung. Jadi tak la terfikir nak kemana-mana...

Petang sabtu setakat ronda Seberang Jaya, BM, Alma dan yg sewaktu dengannya....ronda dgn kereta je. pusing-pusing. Malam baru terfikir ke Penang. Itu pun xtau nak kemana dah.

Awal pagi Ahad, kejutkan anak-anak, tepat jam 8.00 pagi, kami bertolak ke Pulau. Bersarapan di Kassim Mustafa. Parking kereta di situ dan lepas tu terus jalan kaki menjejaki sesuatu yang dinamakan Street Art. Seni yang dilukis di dinding bangunan, bahagian belakang dan tepi bangunan, lorong aje pun. Terkini, sebagai satu tarikan di Penang. Tersendiri! Adakah anda semua telah menjejaki lukisan-lukisan dinding di sekitar bandar Georgetown ini? Sangat menarik! Jom tengok. 

Mulanya kami jangkakan jalan lengang dan tiada org sbb cuti dan masih awal pagi. Rupanya jangkaan kami silap. Pagi itu ada aktiviti berjalan menjejaki street art ini sempena Hari Malaysia. Ada kumpulan seperti ber'explore race'. Kami nampak geng Hotlink, Celcom dan kumpulan tertentu yang memakai baju T sama. Ramai dan di jalan raya pun ramai. Di Restoran Kassim Mustafa sendiri, ada kumpulan pelajar sekolah rendah sedang bersarapan bersama guru. Baru kami ingat, cuti, ramailah orang dan kami perasan, ramai org luar. Plat kereta luar. Oh...mereka bercuti di Penang rupanya....

Jom tengok Street Art 

Ala-ala 3D


Saya tidak suka gambar ini. kurang moral. tapi anak-anak nak bergambar dengan kartun kegemaran mereka...layan ajelah...


Jet Li
Sangat real lukisan kucing ni.
Sayang. Sebahagiannya telah hilang dek bangunan buruk kot.
Arca (betul ke dipanggil arca?)
Hehe...form 1 dulu, saya naik basikal seperti ini pergi ke sekolah. Basikal sport. Kenangan...




 Juga dah hilang sebahagiannya...






 Ada budak nak jadi flower girl, nak tolong angkat gaun pengantin...hahahhaha

 Kucing ni dok usyar tikus kat atas tu...nampak tak lukisan 3D si tikus
 Kucing ini jugak nampak real
 Banyaknya ahli bomba bela kucing...hehee...pagar balai bomba ni...

 bermain netball

 terbayang 2 org budak itu seperti hantu...berada di dinding....eeeee seram...



 Tingkap ni depan balai bomba....nice



Apabila memasuki lorong dan jalan, banyak kedai menyewakan basikal. Jadi kami pun berbasikal. 1 basikal rm10. naik lah sampai berapa lama pun.... hehehhe...kami berbasikal sampai Padang Kota. Lepak-lepak dulu, kemudian baru hantar semula. Dari pukul 8.45pagi, hingga lah pukul 1.30. Itupun, setelah anak-anak mula buat perangai.... 

Sangat gembira kerana dapat berbasikal. Juga dapat jugak menjejaki apa yang dicita-citakan. Sebelum ini terfikir, susah untuk berjalan kerana banyak jalan kena redah, dengan kesibukan kenderaan, anak-anak... akhirnya sewa basikal yang boleh bawa anak-anak. Anak-anak pun sangat seronok...


Antara deretan basikal yang menunggu penyewanya....

to be continue.... arca besi pulak!

3 comments:

  1. Kami pi jln dan ronda ngan keta jervsebab afnan x gheti naik basikal kih kih kih mk dia orait lagi...

    ReplyDelete
  2. Bestnya...kami ronda naik keta n jln kaki pasai afnan x gheti naik basikal la plak...mk dia okay lagi hihihi

    ReplyDelete
  3. Kami pi jln dan ronda ngan keta jervsebab afnan x gheti naik basikal kih kih kih mk dia orait lagi...

    ReplyDelete