Catatan kenangan 5 tahun yang lalu. Diabadikan untuk adik!
25hb. Sept. 2008
Umi mula cuti. Ambil cuti rehat 2 hari. Sudah ada tanda kelahiran. Dah turun darah pada tarikh ini. Beberapa kali ada tanda kelahiran ini sepanjang 3-4 hari. Umi tak pergi check di klinik kerana menjangkakan waktu kelahiran makin hampir. Lagi pun, baru check sahaja minggu sebelum tu. Jadi tunggu sakit dulu. Pada tarikh ini, merupakan bulan Ramadhan yang mulia. Pada tahun 2008, Bulan Ramadhan dan bulan September, berkongsi tarikh, bermakna, 25hb. Sept 2008 bersamaan 25hb. Ramadhan 1438. Nafsu makan umi yang sentiasa terbuka, bertambah-tambah. Ye lah....menu ramadhan kan sedap-sedap. Puding kegemaran umi sentiasa ada. Puding telur. Manis sungguh.
26hb. Sept. 2009
Jumaat. Hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri. Tapi umi dah cuti kan.... Papa pula masih bekerja, kerja malam. Umi di temani oleh kakak. Masa ni, kakak Iman umi panggil Kak Long. Masa terus berlalu. Sakit belum tiba. Umi dah makan ketupat yang dibeli di Pasar Ramadhan. Tapi masih ingat, rupanya ketupat tersebut lama. Si Penjual dah "perangat" banyak hari. Jadi, dapatlah umi makan ketupat keras. Huuuu sakit hati. Masa terus berlalu. Sepanjang bulan Ramadhan, nafsu makan makin menjadi. Semuanya yang manis-manis...
Sebelum itu, umi nak cerita sikit.
1. Sepanjang mengandungkan anak umi yang ke-2 ini, umi langsung tak pernah buat check-up di klinik kerajaan. Tak buat kad merah. Umi dah merancang dengan papa nak lahirkan adik di maternity specialist yang sama dengan tempat umi melahirkan kakak Iman. Umi tak buat check-up di klinik kerajaan sebab malas melayan kerenah nurse. Sebab utama, umi tahu nasib umi tidak sebaik org lain, takut nanti akan terjadi drama air mata lagi macam masa mengandungkan kakak. Kena marah tanpa usul periksa. Review sikit....Nurse call suruh dtg klinik Perai untuk buat BSP (dapat call ni masa tengah kursus di Ipoh). Selepas balik kursus, umi pergi, bila kaunter dibuka, terus bertanya dan berkata " nak buat BSP", terus dikata dengan kasar, "ambil nombor dan letak dalam bakul". Umi pun buat lah begitu kerana ini kali ke-2 umi pergi ke Perai. Sebelum tu kali pertama minum air gula, dan yang lain sebelum-sebelum itu, semua check di kilinik desa Kg. Pertama. Umi tak biasa dengan klinik sebab dah bertahun-tahun tak pernah ke klinik kerajaan. setakat demam semua klinik swasta. Agaknya zaman ambil ubat di kilik kerajaan zaman sekolah dulu.
Biasa, tempat kerajaan, memang lambat kerjanya (maaf pada semua), tunggu sehingga pukul 10 lebih baru dipanggil nurse di kaunter. Datang sebelum kaunter dibuka iaitu sebelum pukul 8. Umi ingat lagi. Tunggu dengan papa. Apabila dipanggil, nurse yang dah nak pencen tu bertanya, nak check perut ke? terus umi beritahu nak buat BSP. Dia boleh jawab, kenapa tak cakap awal. BSP kena buat awal pagi. Dah pukul 10 lebih dah tak boleh. Teus mendidih umi, sebab dah cakap awal tadi. Dah la umi tak tahu apa itu BSP. Apa cara dan check-up yg bagaimana semasa mengandung. Mereka ingat kita semua tahu. Orang mengandung anak pertama la. Bila dia bebel banyak-banyak depan org ramai, umi pun beritahu balik. Dah Pn. suruh ambil nombor. Terus menangis saat tu. geram punya pasal. bukan sbb kena marah. Terus keluar. Papa ikut dan bertanya. Ketua Nurse datang pujuk. Kemudian balik. Esoknya datang semula. Dan pelbagai kerenah dihadapi semasa mengandungkan kakak Iman. (kan umi dah cakap, umi bukan bernasib baik seperti org lain....)
Eh, dah hilang apa yang diceritakan. oh...sebab musabab umi tak buat kad merah dan check-up di klinik kerajaan semasa mengandungkan adik. Tapi bukan bermakna umi tak check-up. Sejak dari tahu mengandung, umi dah buat check-up setiap bulan di Tan & Tan Maternity Specialist. Tak pernah miss setiap bulan. Sama seperti umi mengandungkan kakak Iman. Dan umi juga beritahu Dr. Tan, umi tak check-up di klinik, jadi dia buat record detail...itulah ceritanya.
2. Sepanjang umi mengandungkan adik, umi dah cakap dengan Dr. Tan, jangan beritahu jantina. Maaf adik. Umi mengharapkan anak lelaki agar dapat menjaga umi dan papa serta kakak. Tapi bukan bermakna umi tak nak anak perempuan. Bukan, bukan umi tak nak adik. (semoga adik tidak berkecil hati dan memahami situasi umi ketika itu). Ketika kandungan 6 bulan, Dr. Lim beritahu, baby perempuan. Dr. Lim terus beritahu tanpa bertanya nak tahu ke tidak. Balik dari klinik, terus menangis. Umi menangis pada papa dan juga call kawan umi beritahu tentang kandungan. Umi suka, tapi umi juga berharap dapat pewaris papa. Sedih.
3. Mengandungkan adik, perut umi sangat besar. Bulan ke-8, umi siap tanya doktor, anak besar ke? sbb takut tak boleh bersalin normal. Doktor check, dalam 2.8kg sahaja dan bila lahir boleh berat dalam 3 lebih sikit. Syukur. Takut kalau bersalin operation, siapa nak jaga umi, dengan kakak lagi. Umi nekad nak berpantang sendiri di rumah sendiri.
29hb. Sept. 2008
Masa terus berlalu. Darah turun sedikit-sedikit. Kadang-kadang. Sampailah awal pagi lebih kurang pukul 4, umi mula terasa construction nak bersalin. Sekejap-sekejap. Mula bilang dan tengok jam. 4.30pg, call papa beritahu. Papa masih kerja malam minggu tu. Selepas solat subuh, dan papa pun dah balik sebelum tu, terus papa hantar umi ke klinik. 6.30pagi lebih kurang. Warded dan papa hantar kakak Iman kat rumah Maktok. Kemudian papa datang semula teman umi. Urut-urut belakang umi sepanjang sakit. Pukul 10pagi, masuk labour room. Bila dah tiba saat bersalin, papa masuk menemani umi. Papa sempat buat rakaman saat dan tika adik keluar. Oh touching sungguh.
Sakit ketika hendak melahirkan adik, berlainan dengan sakit semasa melahirkan kakak. Betullah orang kata sakit tak sama. Anak ke-2 lebih sakit. Sampai umi cakap dengan papa, tak tahan. Yang lawaknya, ketika sakit, Dr. suruh push, umi diamkan. Dengar nurse beritahu Dr., dia tak sakit ke? (mata umi pejam sbb umi takut tengok lampu bulat yg dihalakan kepada umi. rasa macam operation besar...huhuuu gerun). Yang sebenarnya, umi malas push. mata dah lali, mengantuk. Lagi satu, takut punya kes, tu yang tak nak push. Lawakkan...kalau tak push macamana nak keluar. Umi tahu, Dr. berbual dengan nurse. Umi mmg tak nak beritahu umi sakit. Umi diamkan aje. Sebenarnya Dr. mmg tahu dari mesin tu kan....
Akhirnya, bila papa masuk, dan umi pun tak sedar bagaiman umi boleh push. Push kali pertama, bahu adik sangkut. push kali kedua, Dr. terpaksa pusing badan adik (menurut kata papa) dan seterusnya umi push baru adik keluar. Kata papa, berpeluh juga Dr. Tan sebab adik dah sangkut di bahu. Tapi Dr. Tan dah berumur, kalau tak silap, ketika itu umur 60 kot, dapat menangani dengan mudah. Rupanya adik dilahirkan dengan berat 4.55kg. Baby terbesar bulan tersebut (umi agak, baby terbesar dalam tempoh yang lama kot).Hehehe
Maka lahirlah anak umi yang ke-2 yang diberi nama IZZAZ NUHA ADHWA yang bermaksud cahaya kebijaksanaan dan kecerdikan. Berat 4.55kg. Kelahiran normal. Sangat mengejutkan ramai org bila bercerita. Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan. Dan adik serta umi sihat. Umi sangat berbangga, 2 orang anak umi ni, tiada jangkitan jaundice atau kuning.
30hb. Sept. 2008
Adik dan umi dibenarkan pulang. Dihari orang buat ketupat. Hari akhir Ramadhan tahun tersebut. Yeahhh dapat raya di rumah. Papa paling seronok sebab dapat cuti terus. Kalau tak, hari raya papa kena kerja. Umi gembira bila planning nak cuti terus menjadi. Terus cuti sekolah. Jumpa di tahun selepas itu...ye cuti lama. Kalau dulu cuti 2 bulan aje. kali ini dapat tambah dengan cuti akhir tahun.
Dan bermula fasa berpantang sendiri.
Adik, kelahiran adik dan kakak merupakan memori yang sangat indah. Yang tak mungkin umi dapat lagi...
Tiada kata yang dapat digambarkan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi 2 orang cahaya mata pada hambamu ini.
Umi berdoa adik terus membesar dan dipanjangkan umur. Jadilah anak yang solehah dan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa.
Adik, umi sangat sayang adik sepertimana umi sayang kakak. Tiada bezanya.
Boleh juga lihat entry ini
No comments:
Post a Comment