Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2013 : Iman berpuasa kali pertama


Syukur alhamdulillah. Anakanda umi berjaya puasa cukup sehari kelmarin, pada 1 ramadhan. Umi sendiri tak menjangkakan kakak Iman dapat berpuasa penuh. Harapan umi, agar kakak dapat puasa separuh hari. Balik dari sekolah, berbuka dan sambung puasa balik sampai waktu berbuka. Boleh lah kan gitu. Latih anak-anak berpuasa.

Rupanya anak umi dah besar. Dah dapat memahami erti puasa. Kakak Iman dapat berpuasa penuh semalam. Balik dari sekolah, mengaji al-Quran rumah sebelah. Berehat, Pukul 4 ptg pergi English Course kat sekolah semula. Balik pukul 6 ptg, pergi Bazaar Ramadhan dgn papa. Masih kuat berpuasa, cuma bertanya dah boleh makan ke.

Umi sangat berbangga (bukan riak) sebab kakak berjaya berpuasa. Syukur al-hamdulillah. Tanpa banyak merungut, kakak puasa dengan senang. Umi pun tak tahu nak gambarkan bagaimana, tiada kata seindah bahasa, bersyukur pada Allah kerana mengizinkan kakak berpuasa tika umur 6 tahun.

Harapan umi kakak berjaya berpuasa lebih separuh bulan pada tahun ini. Insyaallah.

Adik Nuha? Berpuasa separuh hari semalam. Umi tak marah, Si debab papa ni balik aje dari sekolah, terus buka peti sejuk. 'langgah' air rebina. Kah..kah...kah...Lepas tu terus lari bila papa tegur.... Bila petang, asyik cari makan, lps makan, cari lagi...dtg pada umi cakap lapar sangat. Nuha2x, tak tahan lapar.

Apapun, doa dan harapan umi kedua anakanda umi menjadi insan yang berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..
    bestkan tengok anak2 kita berpuasa.selamat berpuasa ye

    ReplyDelete