Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 2013 : Iftar di Northam bersama keluarga

Ahad lepas, kami berbuka di Northam All Suite Penang bersama adik saya aka PakCik & MakCik Iman & Nuha. Makin mahal harga buffet ramadhan tahun ini. Di sini rm50/head. Anak-anak kena rm25/head. Iman kena, Nuha pun kena, masa call katanya kanak-kanak bawah 6 tahun, tak kena, bila bayar charge la pulak. Huhuuuu...pokai umi mlm tu, umi yg belanja papa. Reward untuk diri dan keluarga. 

Vistana Hotel full hari tersebut. Hard Rock jauh ke Feringgi. Nanti balik lambat. The Royal, Bay View, Trader, Cititel tak biasa pergi. So tak berminat. Takut makan biasa-biasa saja @ kurang enak. EQ (Equatorial- mahal, rm88/head but ada kambing panggang), Vistana, ramai sanagat orang. Tak privasi. Padat.

Foto banyak, tapi nak upload lambat...so ini sahaja....buat kenangan. Tiap tahun mesti sekurang-kurangnya sekali berbuka di tempat seperti ini. Tahun ini adik join sekali. Kalau fikir harga dengan yang kita makan, memang terasa rugi sebab makan tak seberapa. Saya tak menilai begitu. Saya nak tempat yang selesa dan makanan sedap. Makanan banyak pilihan. Sebab tu pilih Northam w/pun ada yg lebih murah under rm50. Dah nama makan pun di hotel, mahal la sikit kan. Ada blog saya baca, tak sanggup makan di hotel kerana rasa rugi, nak yg free aje...tapi pendapatan tahap profesional. Terpulang pada diri masing-masing. Jangan nak best, tapi kewangan kurang, kena fikir juga. 

Akan ada yang berkata saya kekwat, sesekali tidak. Sebenarnya, sejak zaman kerja sblm kahwin (zaman Tutor USM), dah pernah berbuka di Hotel. Letcure pun selalu bawak. Bila dah kahwin, tiap tahun suami bawak. Cuma 2010 tak berbuka di hotel. Nuha setahun++. Sangat susah nak makan dgn anak dua yg masih kecil. (sangat takut dengan penulisan saya orang akan "berkata-kata", bukan berniat untuk menunjuk atau terasa "peghaq buih" sangat....jauh sekali, sekadar menulis diary untuk kenangan .

Ampunnnnnn

 






Alhamdulillah, berpuas hati. Paling best pengat nangka. Terbaik.


No comments:

Post a Comment