Friday, July 19, 2013

Iman & Nuha : Story Telling Competition

Hari ini semasa mengambil anak-anak, teacher mereka mengucapkan tahniah dan memberitahu kedua-dua mereka telah berjaya ke peringkat akhir untuk Story Telling Competition. Syukur alhamdulillah.... Iman & Nuha berjaya ke final. 

Sebelum ini, pertandingan telah diadakan pada hari Selasa yang lepas. Iman ada beritahu, teacher dia cakap dia berjaya, tapi saya tak lah yakin sangat, sebab ramai rakan-rakan mereka yg bijak bercerita. Iman tahun lepas juga berjaya ke final, tapi dapat Best Award aje. Hharap tahun ni berjaya.

Link cerita Iman last year yg sempat saya rakan masa practise.

Nuha pulak, sibuk ajak pergi kedai "Lalali" (nama kedai sewa costume). Masa final nanti, kena pakai costume dan ada prop. Tu yg sibuk tu. 

Masih teringat, tahun lepas pergi cari kedai tersebut (teacher suggesh), papa mereka masuk KPJ. Saya tak mahir kawasan kedai tersebut, jadi papa mereka minta kebenaran doktor keluar 1 jam. Huhuuu...sedih pulak kerana time ni sangat mencabar untuk saya kerana semua kena buat sendiri. Dah la warded 6 hari. Bulan Ramadhan. Balik kerja, masak, terus pergi hospital, kesian papa keseorangan/keboringan. Berbuka bersama-sama. Malam pukul 10.00 lebih, baru balik. Terus tidur, esok, bangun awal, kemas rumah, basuh baju, ampai baru ke sekolah. Eh, terkeluar tajuk.

Syukur alhamdulillah, Nuha juga berjaya ke final. Kena banyak latihan la selepas ini.

Semoga kedua-dua anak umi dapat melakukan yang terbaik. Berjaya bercerita dan ke final sudah cukup membahagiakan umi. Memang kemenangan diharapkan, tetapi penyertaan itu cukup membuatkan umi tersenyum dan tenang. Macam tujuan MLK buat competition ni. 


Story Telling Competition ~ Aim: To develop children's intrapersonal skill, the ability to understand personal strengths, weaknesses, talents, interests and knowledge of skills.

Iman : The Greedy Tiger


Photo
Nuha : The Sheppard Boy and The Wolf

Link foto ygang dikeluarkan oleh fb MLK



Semoga berjaya anak-anak umi. Lepas ni berlatih rajin-rajin....

Nota : Sekadar berkongsi kegembiraan.

( Semasa sedang menyiapkan entry ini, saya rebus telur ayam dan telur puyuh untuk Nuha (yg tak puasa, asyik lapar3x)... tetiba terdengar bunyi macam meletup, sekali, dua kali, saya pergi ke dapur  untuk melihat belakang, jika ada anak nakal sedang membaling sesuatu...tau-tau ternampak periuk rebusan telur kekeringan. Masyaallah, terus tutup api. Yang meletup, telur puyuh, pecah merekah. tu yang bunyi.... syukur alhamdulillah, mujur lagi, kalau tak, tak dapat nak bayang kan apa yg berlaku.... agaknya kifarah bersangka buruk ada anak nakal membaling sesuatu di belakang. sedangkan 3 bulan lebih tinggal di sini, belum ada kejadian budak nakal melakukan sesuatu. ....sangat2 INSAF....)

No comments:

Post a Comment