Cuti kali ini memang tidak merancang hendak kemana-mana. Sekadar nak bawa anak-anak ke Tambun saja. Mandi kat Lost World, menggunakan tiket yang dah dibeli time matta fair hari tu. rancang nak pergi dengan pakcik makcik, tapi tak jadi pulak...
jadi...tanpa rancangan, tanpa plan, terfikir nak ke Kelantan. terus online booking beberapa hari sebelum bertolak.
alahai...Kelantan lagi...(lately ni setahun 2 kali ke sana...)
Kami sampai di Rantau Panjang lebih kurang pukul 11.00 pagi. (Kalau dari Jeli nak Ke Kota Bharu, melalui jalan nak ke Rantau Panjang dan melalui Pasir Mas, perjalanan akan menjadi dekat. Tak perlu melalui Tanah Merah, Kok Lanas, Nilam Puri dll).
Selepas membeli sakan di Rantau Panjang, terus check in di Tune Hotel. Kemudian misi mencari makan yang best. (dah siap search dlm internet tempat makan yg best/popular). Itu...CPT=cendol pulut tapai->stadium
review-kelainan kerana diletakkan tapai ubi dalam cendol.
Nasi kerabu. Sedap.
Hari kedua, breakfast di sini. Kopitiam Kita. kisahnya, puas kami cari pada petang hari pertama, tak jumpa-jumpa kedainya.....tanya org pun mereka tak tau....paling .....kecewa kot ....ntah apa nak bahasakan....kami bertanya di Seven-E, hamba allah ni bagitau, jalan depan, terus, nanti hujung sana akan jumpa, sebelah kiri....
jadi, kami pun ikut la ....ntah kemana perginya..... alamatnya Taman Desa Jaya (kalau tak salah....lupa la pulak), Jalan Pengkalan Chepa, sepanjang jalan Pengkalan Chepa, tak kami jumpa....akhirnya balik hotel utk mandi (dan menghabiskan duit di wakaf che yeh) -----DIRECTION YG BUDAK TU BAGI...UMPAMA, TEMPAT TU DI UTARA, DIA TUNJUK ARAH KE SELATAN....alahai dik, kalau tak tau, cakap ja la tak tau. Tanya receptionist Tune dia cakap aje, "saya tak tau, tak pernah dengar"...kan senang, ni buat penaya org....rambut sama hitam (skrg dah tak sama dah warna rambut).
Malam tu kami jalan di Wakaf Che Yeh.
Malam tu kami jalan di Wakaf Che Yeh.
Pagi hari kedua, kami cari juga. Semua kedai makan yg kami senaraikan...yg dinyatakan best di KB, kami jumpa.(semasa mencari Kopitiam ni la). Hanya Kopitiam ni saja yg tak jumpa.....tak puas hati....nak juga cari....cari nun sampai ke airport. Bukan jalan Pengkalan Chepa saja kami lalui, malah Airport Pengkalan Chepa sendiri kami sampai.
Hakikat sebenar, Kopitiam Kita ni dekat je. Pinggir bandar KB. Nampak bangunan New Pasific Hotel (hotel tetap kami dulu kalau ke Kelantan--sekarang bertukar ke hotel Tune plak...hahhaa). Malangnya, sepanjang search dalam internet, hanya cakap kedai ni di Jalan Pengkalan Chepa. Klu yg sebenar tak dinyatakan.....
Nak tau apa klunya?
Kedai ni tak nampak dari jalan besar.
Sebelah kiri jalan, akan nampak rumah kedai, lorong, di tepi tu la...kedai buat kat rumah teres corner lot. Mmg tak nampak, kecuali nampak kereta banyak dan orang ramai......
hadoiiiii....
yang dok cerita pasai Kopitiam Kita ni, awat tak habaq.......
hadoiiiii....
yang dok cerita pasai Kopitiam Kita ni, awat tak habaq.......
Gambar yg banyak tu, owner bergambar dengan org ternama/terkenal yg singgah makan di kedainya.
Ni lah kedainya.......akhirnya.....
roti titap.
Roti yang diletak kaya (sangat wangi dan sedap serta yg pastinya manis melecas), tengah diletak telur separuh masak.
sangat sedap!
Akhirnya jumpa juga......dapat bersarapan di Kopitiam Kita.
(tapi sedikit tak seronok, di satu bahgaian kedai (bahagian tepi), ada "tong merah" cina tu. Ownernya diceritakan masuk islam, org cina. Kedai dibuat di tepi rumah teres....rumah corner lot. Tak pasti pulak kalau itu rumah keluarganya....sebagai seorang muslim, macam tak seronok la tengok. Tapi seramai-ramai orang tu, semuanya melayu berhaji dan bertudung. Ada juga keturunan cina. Ermmmmmm....
Dua beradik ni dapat baju 'Ana Muslim'
Tengahari hari kedua, selepas check out dari tune, kami merancang nak stay di Kuala Terengganu 1 malam. nak duduk di tepi pantai. En. Jun terus suggest ke Dungun. yes...tapi jauh la sikit.
Berhenti di kawasan Tanjung Rhu. Geram tengok air laut yg biru menghijau. Masa ni dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.
Sempat buat photo shoot. Hehhee
Bas yang sangat lawak bagi saya....tapi sangat klasik....
Itu belakangnya...w/pun klasik, unik dan ber-identiti bas di bandar KT ni, saya terbayangkan, keranda. sebab ala-ala kayu tu....maaf la....
Dalam perjalanan ke Dungun, kami sampai di bandar KT dah pukul 5 petang. Tengah berfikir nak stay KT ka Dungun, ternampak Prinzpark Hotel (kebetulan malam sebelum bertolak, saya ternampak Prinzpark ni dalam internet. Hotel baru....) Kami terus ambil keputusan, bermalam di sini. Ye lah, dari KT nak ke Dungun 1 jam jugak. Mana nak cari resort lagi....dah la Dungun tu tak ada hotel besar2 (takut dapat resort @ homestay yg tak best (dari segi kebersihan/keselesaan-->saya takut nak duduk hotel budget)
Prinzpark pulak dapat pakai government rate.
Prinzpark pulak dapat pakai government rate.
Sebelah depan Prinzpark, ada TER (Terengganu Equestarian Resort) Stay hotel, dpt mandi kolam di sini. permainan lain, berbayar
Depan Prinzpark
Belakang Prinzpark....ada water sport. ramai yang naik bot, kayak....kat tasik...
Kat tepi pantai berhampiran Masjid Terapung. Kat pintu gerbang, tertulis Logoon.... berhampiran dengan Prinzpark
Photoshoot berlatarkan Masjid Terapung. Kuala Ibai
ops...lupa nak review...bilik kat sini sangat luas. Sayangnya, laut ditambak tinggi.
Nampak tak belakang En. Jun tu? itu padang kuda, dan yang berwarna kehitaman sebaris tu, tanah yang ditinggikan di tepi laut. Mengelak hakisan kot.
Pagi hari ketiga tu, anak-anak mandi kolam dulu.....Selepas check out, pergi Pasar Payang kejap. Saya dan Iman. En. Jun dan Nuha tunggu dalam kereta kerana Nuha tidur. Parking pun susah....
hahahahha....saya tak jumpa jalan keluar yg depan Pasar Payang tu....terus turun bawah....jalan ikut kaki....baru ternampak tempat kami mula-mula masuk.....tapi, puas juga berpusing masa kat atas tu....
tak beli apapun.....mahal lebih dari Penang. Tudung saya beli di Rantau Panjang, rm50, Penang rm85, di Pasar Payang rm sa, lima...rm150. Tahu la kami org luar...totally sama pulak tu...
Menuju Dungun. Hari ketiga
Kali ini, kami stay kat resort tepi laut. Jalan Pantai Sura
Bilik di Ulek Beach Resort.
Harga tinggi bagi kami.... Selesa, ada jakuzi...patut mahal.
(nak stay Uitm, penuh lak hotel dia.)
Anak-anak mandi kolam.
Gambar saya ambil dari fb. kredit.
sunrise pagi ke empat.
En. Jun & anak-anak tidur, saya bangun senyap-senyap, tukar baju, capai kamera...tunggu mentari muncul....
selepas mandi kolam lagi pagi tu, dia orang berjakuzi pulak. pastu turn saya, dan lps tu, turn En. Jun ...hahhaa...dia pun nak merasa jugak....mujur tak jakun.....
kat belakang tu, boleh buka pintu tu...tapi ada pagar jarang lah....ala-ala terbuka...
like this pic.
Sangat cantik lautnya...
Depan Uitm Dungun
Selepas check out, pergi rumah kawan En. Jun. Dia orang buat baju batik
Subhanallah. Sangat cantik air laut di Rantau Abang. Jernih. Memang jatuh cinta. Tak nak balik.
Kami akan datang lagi.....kena merancang. Nak stay lama kali ni.
No comments:
Post a Comment