Saturday, May 4, 2013

Emas

Sekarang harga emas turun kan. RM160 untuk emas 916.

Saya suka perhiasan diri, tetapi bukanlah peminat tegar emas. Keinginan membeli barang kemas, memang ada. Perempuankan...memang la suka.

Semalam saya menukar rantai tangan anak, dan gelang kaki. Nuha la yang punya.... barang ini dah putus masa musim raya lagi.....kasar betul la si Nuha sorang ni.

Tukar rugilah sikit, harga jatuh (masaya saya beli, emas rm180++ kalau tak salah)...tolak 20% lagi. Tapi beli semula dapat yg berat dgn harga tersebut. Kalau tukar semasa harga tinggi, nilai melambung dari masa kita membeli, tapi nak beli yang baru, dapat yang kurang berat @ lebih jelas, barang kecik la... sebab masa tu harga mahal. Saya berpendapat sama saja...sebab saya menolak dan membeli semula. (Kalau jual terus pun, nilai susut juga, kita bukan dapat duit sebanyak nilai, kena tolak 20++% jugak rasanya).

Jadi, Nuha dapat la rantai tangan dan gelang kaki baru. Asalnya kami nak menukar bila dekat nak raya ni, tapi dah harga rendah,ambillah peluang ini. (kalau lepas ni harga turun lagi, senyum ja la saya ye....)

Heee..saya pun tukar jugak. Rantai tangan yang dibeli dengan duit APC tahun lepas, saya tukar dan tambah dengan duit yang dapat dari Bank Rakyat (saham keahlian...boleh la setakat pelaburan yang saya ada). Terima kasih papa kerana mengizinkannya......

Maaf...ceritera ini sekadar perkongsian sahaja....bukan menceritakan benda yang tak seberapa dan entah apa-apa....harap faham....ini hanya cerita dan pendapat saya sahaja.


No comments:

Post a Comment