Sunday, March 3, 2013

Jambu Batu

akhirnya......

rentetan keinginan dalam http://imanuhadiaryhidupku.blogspot.com/2013/02/terkenang-semasa-dulu.html

saya dapat jugak makan jambu batu versi kampung ni.

buah jambu batu yang biasa ada dikampung-kampung
dapat pulak yang biji merah. ada yang biji putih

Bestnya tak terkata... oh buah jambu....

Kat mana saya dapat? hehhee....
hahaha...dengan muka tidak malunya, saya meminta dari pemiliknya....mintak 1, ambik pun 1 la....
Budak muka tak malu (budak ke?bukan dah tua bangka ke?ngeh3x....)

Petang tadi saya pergi makan dekat warung ikan bakar Din Skot di Teluk Air Tawar. Tepi laut tempatnya. Pemnadangan memang cantik. Nampak Pulau Pinang. Sesiapa belum pergi, silalah cuba...

Dari Bagan, depan Balai Polis Teluk Air Tawar, ada simpang/traffic light ke kiri utk ke Padang Benggali. Ambil simpang ni, terus akan jumpa jalan Padang Benggali sebelah kanan. Terus lagi....ambik simpang kanan. kira simpang masuk kampung la....Memang kawasan perkampungan melayu pun. Akan ada tanda nama kedai "Warung Din Skot". Kedai tak nampak, sebab kena masuk sikit. Tepi laut kan!.
Silalah cuba, sedap mee goreng special. ada ABC, laicikang dll. Malam ada ikan bakar.
Kami selalu makan sini selepas pukul 5 sambil menikmati sunset.

Eh..eh..terkeluar tajuk plak....berbalik cerita jambu batu....
langut-langut, nampak ada banyak jambu dan 1 tu dah 'kembang'. Masa bayar, saya minta izin nak ambil buah jambu tu. Pemiliknya izinkan....(pokok peneduh meja makan ja ni...pandai lah saya...). Seronoknya.....dapatlah makan jambu batu......alhamdulillah....macam mengidam plak....apa-apalah...

radziah AR

No comments:

Post a Comment