Sunday, March 17, 2013

Insuran : perlu atau tidak di zaman sekarang?

Adakah anda mengambil insuran untuk diri dan keluarga?

Pelbagai pendapat, terpulang pada pandangan diri masing-masing.

Saya mengambil insuran untuk diri saya. Masa mula kerja, saya ambil insuran XXX, selepas 5 tahun saya menamatkannya. Insuran XXX ni tanpa medical card. Jadi saya berfikir hendak mengambil yang ada medical card. Jadi, saya mengambil insuran X pulak. Insuran XXX tetap berjalan semasa saya mula mengambil insuran X. Tahun ke 6 baru dapat kembali wang dari insuran XXX. Lambat prosesnya sbb minta agen insuran X buatkan penamatannya. Seperti biasa, tak banyak yang dapat. Sesiapa yang pernah alami seperti saya, tahu lah jumlah yang dapat. Itulah pro n contra nya. Jadi sekarang saya hanya membayar wang untuk insuran X sebanyak rm150/bulan.

Untuk keluarga, suami yang bayarkan....(tanggungjawap suami utk keluarga/anak-anak kan....    :p)
1. utk diri suami sendiri
2. utk Iman
3. utk Nuha
4. utk saya & suami ...yg ini duit burn. sebulan hanya rm 56.
5. utk Iman, ada 1 lagi iaitu insuran pendidikan...

Insuran Iman, diambil seusia 2 bulan, dan utk Nuha, terlewat sikit iaitu ketika hampir usia 1 tahun. Sebenarnya, nak ambil awal, tapi org insuran yg 1 ni, lambat buat, tunggu hampir setahun asyik kena bank in,  Rasa menyusahkan kami.... last, stop, eh, time hampir setahun ni blm approve...lambat betul....

Jadi, setiap bulan, suami membayar banyaaaakkk juga. Ye lah, setiap satu paling kurang rm 100++ (kecuali yg rm56 tu), utk suami sendiri lebih lagi kerana mengikut had umur...

Sebulan, hampir rm800 juga...boleh bayar duit kereta baru tu......(agaknya sbb itu kami tak mampu beli kereta baru.....sejak kahwin, saya & suami menaiki kereta masing-masing yang dibeli sebelum kawin, Orang lain 2 3 kali tukar dah....huhuuuuu

1 comment:

  1. saya tidak percaya lagi dengan insuran... telah berhenti belasan tahun lalu. Dan pernah melihat seorang sahabat berlainan agama yg begitu percaya dengan insuran - ambil faedah kesihatan RM150k, suatu hari kena stroke masuk hospital swasta, nilai RM150k itu dihabiskan dalam sebulan dan selepas itu ambulan hantar dia ke hospital kerajaan. kini telah mendiang... alangkah, menyimpan bertahun-tahun dan dihabiskan dalam sebulan shj.

    ReplyDelete