Hari paling bersejarah bagi saya dan suami. Tarikh kami diijabqabul sebagai suami isteri.
Syukur, dah 7 tahun kami hidup bersama. Syukur juga kerana Allah telah mengurniakan 2 orang anak perempuan. Masih berdoa dan mengharap, (sangat-sangat) agar dikurniakan anak lelaki pewaris keluarga dan bakal menjaga kakak-kakak dikala umi dan papa tiada nanti.
Suamiku,
Tiada kata seindah bahasa yang dapat umi zahirkan pada papa, kesungguhan dalam kehidupan berkeluarga yang kita bina sebagai bukti cinta kasih umi pada papa. Doa dari umi yang tidak putus-putus, agar Allah rahmati & murahkan rezeki keluarga kita.
Papa, umi sayang sangat pada papa. Terima kasih kerana memberi umi menjadi ibu pada anak-anak papa. Terima kasih yang tidak terhingga kerana bersabar dengan tekanan yang umi terima. Terima kasih kerana memilih umi...terima kasih dan terima kasih jutaan kali....
Papa, kita tukar kembali panggilan kita ye.......anak-anak dah pandai suruh umi panggil abang. Ye lah, dulukan umi panggil papa, papa panggil umi, sebab nak biasakan anak-anak memanggil dengan panggilan itu, ...nah, akhirnya, dah kekok nak panggil....terbiasa papa dan umi....
tahun ni kita tukar kembali ye....abang...
No comments:
Post a Comment