CNY kali ini kami tidak bercadang untuk bercuti jauh. Mula bercadang nak bermalam di Jerejak Rainforest, Pulau Jerejak, tapi lambat booking, tak da kosong. Nak bermalam di Paradise, Mac @ April ni dah nak bermalam di Hard Rock utk anniversary, birthday suami & birthday saya. So jangan membazir. Lagipun, sejak januari buka sekolah, kami belum balik kg. ......CNY balik kg, boleh tengok naga mengutip angpaw kat rumah kedai area depan rumah...hahhahhaa...
Ahad : BBQ ramai-ramai di Yan.
(Adik, Keluarga saya & 3 orang kakak bersama keluarga masing-masing).
Tak mandi sebab air sangat sedikit. Iman & Nuha pun tak mandi. Takut juga air sedikit ni. Takut penyakit kencing tikus. Nauzubillah.
Isnin : Mengail ikan puyu.
Sebenarnya saya dah lama tak mengail ikan. Rasanya akhir mengail zaman sekolah rendah. Ikut suami adalah (kolam), tapi main-main aje. Kali ini memang betul mengail. Saja mengimbau kenangan. Dulu suka menahan taut. Letak pancing pendek kat tepi bendang. Tinggalkan dan esok pagi pergi tengok. Ikan haruan la......best!
Org utara panggil sawah padi tu , bendang. Ikut ayat juga, bendang tu merujuk petak sawah padi. Kadang-kadang juga disebut padang. Padang tu lebih merujuk kepada sawah padi yang luas. Contoh ayat :
1. Ayah pi padang.
2. Ayah ada kat bendang.
(hahahhaaa...siap ada contoh ayat.....cikgu la katakan!)
Selasa : Padang Besar & Kuala Perlis.
Tak sempat beli apa-apa pun, sebab shopaholic nak pitam. Saya diserang sakit perut & muntah. Selamaaaat duit. Hahahhaa....
Lepas Padang Besar, kami singgah makan di tepian Tasik Timah Tasoh. Berehat-rehat sekejap.
Kemudian ke Kuala Perlis menikmati ikan bakar.
Saya teringin sangat nak merasa telur belangkas. Jadi kami ambil seekor. Tapi tak sedap la pulak sbb mereka bakar sampai hangit. Memang bau hangit sangat. Apa boleh buat. Makan la jugak. sekor rm25 tu.
Malam tu jugak bergegas balik Penang sebab En. Jun kerja pagi esoknya.
Jom tengok gambar bebudak 2 org ni menikmati ais krim....
radziah AR
No comments:
Post a Comment