Monday, November 12, 2012

Nuha ~ Rekod prestasi

Syukur alhamdulillah
Izzaz Nuha berjaya mendapat tempat pertama sekali lagi di dalam kelas.


BI dapat 98 markah & PI hanya 96 markah shj.
No. 1 daripada 8 org di dalam kelas. Kat bawah tu, utk kedudukan keseluruhan. Entah kenapa, cikgu padamkan. Tapi saya usyar juga, masih boleh nampak. No 4 daripada 189 murid. Kira ok la ....

Syukur. Semoga anak umi dan papa akan terus berjaya. Adik kena banyak menulis ye.....Tahun depan, banyak kerja sekolah adik....(saya sangat risau utk persekolahan dia tahun hadapan)

Tahun 2013, saya nak menempatkan Izzaz Nuha di My Little Kingdom (MLK), sama sekolah dgn kakaknya, Iman. Tahun 2013, Iman 6 tahun & Izzaz 5 tahun. Lagi mudah pagi-pagi saya kerana 1 tempat je nak hantar. (Iman pernah bersekolah di Graduan Kecil (TGK)semasa berumur 3 & 4 tahun, bila 5 tahun, saya tukar ke MLK. 
Nuha mula bersekolah di TGK tahun ini aka 4 tahun. Iman saya hantar awal sbb dia lahir bulan feb. manakala Izzaz pula lahir bulan sep. Nak hantar time 3 tahun, macam kecil sgt. Saya hantar TGK dulu sbb nak bagi mahir bacaan doa dan adab islamiah. Kat MLK, saya sangat berpuas hati dengan pembelajarannya. Seumpama "alah membeli, menang memakai" ..... 
almaklum, yurannya sedikit mahal (bagi saya la).

Anda semua bagaimana pula? 
Adakah memilih tadika? Atau pilihan yg bagaiman anda buat?
Terpulang kepada setiap individu. Setiap tadika, ada kelebihan dan kebaikan masing-masing. Kita perlu berterima kasih kerana di sinilah anak-anak kita mengenal sesuatu....pembelajaran...persahabatan...pergaulan...dll.


Radziah AR



No comments:

Post a Comment