Saturday, September 29, 2012

Izzaz Nuha Adhwa : Cahaya kebijaksanaan & kecerdikan.

Hari ini 29 Sept 2012. 

Empat tahun yang lalu, tatkala semua org masih diulit mimpi, setelah berkat bersahur, sementara menunggu sang mentari memancar cahayanya, tika semua bergembira menunggu ketibaan hari lebaran...

pagi 29 Sept, ummi bergerak ke Tan & Tan Specialist Maternity. Lebih kurang jam 6.30pg. Setelah selesai "check in", papa bersama kakak Iman pulang meninggalkan ummi kerana hendak menghantar kakak ke rumah Mak Tok. Tidak lama kemuadian, papa datang kembali untuk menemani ummi. Syukur, dapatlah papa urut belakang ummi, sehingga ummi masuk labour room. Syukur juga kali ini, sakitnya tidak lama, jam 11.22 pagi ummi selamat melahirkan baby besar.

Adik, ummi melahirkan adik seberat 4.55kg secara normal adik. Syukur alhamdulillah kerana Allah memudahkan segalanya. Walaupun, adik tersangkut bahu, dek kepakaran Dr. yang penuh dgn pengalaman, adik selamat dilahirkan. (ada kisah lucu.... sedang ummi menahan sakit, Dr. kehairanan kerana ummi tak 'push', sehinggakan, nurse berkata, jika sakit, ummi perlu push... lucunya sbb, mmg ummi sakit, tapi ummi saja tak push sbb takut. hahhaa...takut lagi sakit....takut makin bertambah sakit...hanya umi saja yang tau ummi mmg sakit dan sengaja tak push...papa berada di sebelah sedang memegang ummi pun, tak tahu...ngeeee.....)
nampakkan, 4.55kg
Dr. menyatakan, bayi terbesar setakat ini yg lahir normal. Dr. pun gembira. Tapi sebenarnya, papa kata, Dr. pun dah panik awalnya kerana mereka tidak menjangkakan baby sebesar itu. Bila kepala dah keluar dulu, bahu tersangkut, baru mereka menyedari besarnya anak ummi. Time ni la Dr. panik, tapi Dr. yg telah berusia 64 tahun itu, penuh dgn kepakaran, dapat memusingkan badan baby ketika ummi push. Maka lahirlah Izzaz Nuha Adhwa.

Memori yg indah utk dikenang. 

Hari ini, adik ~anak ummi, dah berusia 4 tahun. dah pun bersekolah. Syukur kerana adik membesar di depan mata ummi. Setiap hari kena marah dgn ummi...hehhee...
Adik juga dah pandai mengeja (hahha..tapi bunyinya lain, eja mmg betul, bunyi ikut sedap mulut aka apa yg adik tahu....) 

Adik, ummi amat gembira kerana adik boleh bercerita "semut dengan burung merpati" walaupun adik hanya dengar umi latih kakak Iman sahaja. Adik dapat bercerita bersama gaya dari mula hingga akhir.

Doa dan harapan dari ummi, moga adik membesar dengan sihat, dimurahkan rezeki, mudah mempelajari ilmu, menjadi anak solehah, mendengar cakap ummi & papa, mengenang jasa, berjaya selalu. Amin ya rabbalalaminnnn.

Adik yg menjadi penghibur keluarga kita. 

~~**radziah AR**~~

No comments:

Post a Comment