Sudah 3 malam, kami anak beranak berbuka di KPJ. Semalam, turut bersama Pakcik & Makcik, yg kebetulan datang hendak meronda di Uptown. Saya terasa amat letih, 3 hari tidak berehat langsung. Kerja, balik rumah, masak, urus anak-anak, urus rumah, ke KPJ. 3 hari rutin begitu. Rumah untuk tidur malam dan ketika itu baru berehat. Tidur sehingga sahur.
Syukur hari ini cuti. tapi banyak perkara hendak dilakukan.
Kerja sekolah : key-in kerja kursus online.
isi data markah trial & e-mailkan.
Analisa keputusan trial.
segala kelengkapan peperiksaan (Plan kedudukan meja,
sampul job, kertas job pun blm select....haaaaaaaa
banyaknya kerja.........
(al-maklum, kena buat sbb nak raya sampai habis cuti sekolah)
Kerja rumah : baju raya saya masih ada yg blm jahit. huhu...
baju raya utama blm bermanik bagai lagi
tudung anak-anak blm di touch up (menambah kecantikan sedikit)
kuih raya (jika berkesempatan)
sekejap lagi dalam jam 11, akan ke KPJ lagi....
oh, prop untuk iman masuk bercerita, belum beli lagi, costume pun belum cari... sempat ka nak tempah?????? (untuk makluman, Iman masuk bercerita di sekolahnya. 2 minggu lps, tlh berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, yakni, khamis minggu dpn nak bertanding. kali ini perlu costume dan prop)
barang rumah pun banyak yg tiada. dah habis. beras, bahan mentah utk memasak.
...............10 ramadhan terakhir perlu berusaha dgn lebih gigih.................
amin
No comments:
Post a Comment