bersiaran dari kampung.
dah 3 mlm di kg. malam pertama, papa ada. malam ke-2, papa pulang kerumah penang, papa kerja malam. adik nuha menangis telefon papa. rindu papa katanya....baru kena tinggal petang tadi ja pun.....jenuh la umi kena peluk mlm ni.....malam ke-3 yakni malam ini, papa kerja malam lagi. adik nuha tidur awal, dalam jam 9.00. lps mkn, terus tidur. al-maklum, seharian hari ini main tak ingat donia. rumah luaskan. merata cerok boleh jelajah. time ni tak ingat lak papa. dah kol 10.45, kami (umi & kakak iman) pun tidur. internet slow motion. bosan teruih.
tgh sedap tidur, dengar orang menangis, buka mata, rupanya adik nuha menangis. sampai terisak-isak. umi kejut dia tanya "kenapa adik nangis, sakit ka?", adik jawab, "adik rindu papa.....huhu...adik rindu papa...huhuhu..." menangis lagi kuat. la....teruk jugak budak ni rupanya.... ingatkan brutal sgt... yelah, sbb umi dia tidur mana ada nak peluk-peluk dia, melainkan papa dia jugak... malam-malam, papa yg layan dia...sbb tu rindu sangat, tak dak org nak peluk....hahahah....
tanpa ku sangka, rupanya dia sukar berenggang dengan papa....
penah 2 minggu lps, nuha buat perangai tak nak pergi mengaji rumah ustazah. so, umi hantar kakak ja, adik tak pi. sampai di rumah lps hntr kakak, masuk bilik, terus cakap, "adik rasa mata adik nak keluar air mata la..." umi tanya sbb apa? "adik rindu kakak" ....la...."kakak pi mengaji ja pun adik ai...tu la...sapa srh adik menngantuk, la ni adik p tidur. kalau tak rugi ja adik tak pi mengaji...."
baru mengerti, nuha orangnya sedikit lasak, sgt berani, semua dicubanya. lagak pun boleh tahan. penah umi nmpk dia nak masuk bilik, dia tolak dengan kaki, bukan tolak pintu dengan tangan. ya allah. rupa-rupanya, berjiwa sensitif. amat mudah tersentuh. patutlah papa pernah kata, dia dan nuha menonton tv cerita binatang, nuha menangis kerana binatang tu terpisah dengan tuan kanak-kanak yang menjaganya....
nuha...nuha...
pandai adik nuha, sikap dia macam wira, mudah tersentuh dan menangis. adik brutal sikit. hehehe
ReplyDeletetu la kan. adik brutal, kakak jiwa lembut.
ReplyDelete