cerita MAKBUL pada tahun 2011
ini pula cerita MAKBUL yg sedang ditayangkan di TV 2 setiap hari khamis malam jumaat. minggu ni dah episod ke 4.
Makbul Banyak Kisah Tentang Doa
Tarikh: 26 Mac 2012
Kesinambungan drama keagamaan yang mengangkat cerita tentang doa,
Makbul yang pernah menemui penonton setia RTM tahun lalu diteruskan
dengan musim kedua yang telah pun bermula tayangan pertamanya mulai 15
Mac lalu pada setiap Khamis, jam 9.00 malam menerusi TV2.
Mengekalkan pelakon utamanya Dato’ Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Yushazazi Yusof, Prof.Samad Salleh, Khatijah Tan, Abu Bakar Juah, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Wan Maimunah dan Zakaria Yusof, drama bersiri 13 episod terbitan Unit Drama TV ini turut menyaksikan kemunculan keluarga baru yang menyerikan lagi siri ini iaitu Rafidah Ibrahim, Yatt Hamzah, Tania Zainal, Khatijah Tan dan Fadhil Dani.
Musim terbaharu ini mengisahkan keterujaan Bol yang bersikap ‘lurus bendul’ terhadap doa yang dipanjatkan Anuar ketika berada di depan Kaabah supaya jodoh untuknya dimakbulkan Allah.
Sementara itu, Bol sibuk mencanang satu kampung bahawa dirinya akan berkahwin kerana yakin doa Anuar di depan Kaabah tentang jodohnya akan termakbul. Namun dia digelakkan oleh Kiah yang percaya tiada siapa ingin menjadi isteri Bol. Pak Imam tawarkan kepada AJK Masjid siapa yang mahu bermenantukan Bol namun semuanya menolak.
Ketika itu muncul Suzana yang kemudiannya mengisi kekosongan jawatan jurutera yang ditawarkan oleh Anuar. Hanum pula diterima menjadi guru tadika di kampung mereka. Bol ternampak Hanum di tadika dan mula tertarik padanya. Bol seronok apabila Hanum mengajaknya belajar menulis dan membaca di tadika.
Anuar cuba meyakinkan Suzana tentang peranan doa dalam diri setiap muslim kerana gadis itu kurang yakin doa seseorang itu akan dimakbulkan Allah. Hubungan Anuar dan Suzana kemudiannya menimbulkan perasaan kurang senang Jamiah, isteri Anuar.
Penghulu cuba membuat transformasi kampung mereka termasuklah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung. Kehadiran samseng kampung, Rafidi mencetuskan kegusaran penduduk kampung hinggalah satu hari Bol cedera teruk dipukul oleh Rafidi kerana dia mempertahankan Hanum.
Sejak itu Hanum menyedari keikhlasan Bol dan sudi untuk bernikah dengannya. Rafidi pula serba salah kerana rombongan pihak Burn yang mahu melamar adiknya, Nini membatalkan niat menjodohkan mereka dengan alasan Nini adik kepada seorang samseng.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Termakbulkah hasrat Bol menikahi Hanum atau sebaliknya? Saksikan drama sarat pengajaran ini hanya di TV2.

dipetik dari :
dah lama rasanya tak tgk drama, mcm best je drama ni kak zie...
ReplyDeletetak pernah tengok cerita ni..kenape ek, mungkin anak2 tgk katun atau abah tengok disc channel kot. huhu
ReplyDeletebest cite ni, cerita kg. cite ringan je.....
ReplyDeletenani, ni yg kedua dah. yg first nya tahun lps. berlakon di daerah kg akak.