Tanggal 4hb. Mac 2006, saya dan seorang lelaki bernama Junaidi, telah selamat diijabkabulkan. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan seorang suami untuk memberi peluang saya melayari bahtera perkahwinan.
Hari ini 4hb. Mac 2012, genap 6 tahun kami bersama.
1001 suka dan duka kami bersama. Saat bahagia, saat manis, saat indah, saat perit, saat duka, pelbagai gelombang rumahtangga kami harungi.
Manisnya tatkala hidup bersama
Bahagianya tatkala Allah anugerahkan zuriat
Tabahnya tatkala gelombang melanda
sedihnya tatkala mengharungi cabaran dan dugaan......
semua itu berkat kesabaran!
Syukur pada Allah kerana mengurniakan kesabaran pada suami saya, sabar dalam mengahadapi kerenah isteri yang tidak tahan mengharungi gelombang rumahtangga. Sesungguhnya, saya amat bersyukur pada Allah kerana memberi Junaidi pada saya.
Papa, umi ucapkan terima kasih atas segalanya. terima kasih kerana menjadi seorang yang sangat sabar. walaupun, umi agak geram dengan kesabaran itu.
note : Iman kata, umi panggil la papa tu abang, ka ayang pun boleh! semua ni dari tv la. terkejut juga dia boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. dah lama tak panggil dgn panggilan itu, kerana pada mulanya, ingin mengajar anak memanggil dengan panggilan umi dan papa, akhirnya terus lekat. yang sebetulnya, memang dia, papa bagi kami, bagi iman dan nuha, bagi saya juga...tempat untuk berkongsi segalanya....
Tahniah... semoga berkekalan hingga hujung nyawa dan bertemu semula di syurga kelak.. amiiinnnn
ReplyDelete