Thursday, March 22, 2012

@ The Regency Hotel (Golf Resort Jitra)

Baru tiba di sini untuk mesyuarat & taklimat peperiksaan UPSR 2012. Pagi tadi relax sebab tak perlu bergegas ke sekolah. Sekadar menghantar Iman & Nuha ke kindergarten masing-masing. Bertolak dari Seberang Jaya jam 10.30. Naik bas yang disediakan oleh JPNPP.

Dah masuk bilik utk berehat sebelum program bermula jam 2.30 nanti. Best la. Sebilik 2 org, rupanya dlm bilik ada 2 bilik yg boleh memuatkan 4 org (katil Queen). So saya & rakan bersenang lenang bilik masing-masing. Ada sofa kat ruang tamu dan dapur. Bilik air pun 2.

Berita gembira yang baru terima dari 'mereka' yg ditinggalkan di rumah....

Nuha dapat no 1 untuk peperiksaan pertama dia. No 1 drp 11 orang dalam kelas dan yang paling gembira, no 1 dari 226 kanak-kanak berumur 4 tahun dari tadika Graduan Kecil (Tadika ni banyak cawangan), Nuha TGK 9 Taman Pauh.


1 comment: