Friday, February 3, 2012

tak tahu nak kata apa!

anda semua biasa berjumpa dengan anak2 sekolah sedang menjual ubat atau kalendar? pasti ada yang pernah kan! saya selalu jumpa, kadang2 di Pacific Mall (sampai ada orang beri mereka makan kfc sebab asyik tengok je....berpusing di situ untuk menjual...org kesian kot...), kadang2 di stesen minyak, di Carefour, bandar Sunway....banyak la tempat lagi...area Seberang Jaya. Sampaikan saya pernah ternampak di depan kawasan kejiranan saya, kawasan kedai.

saya merasakan semua anak2 ini adalah dari satu tempat yg sama. (saya pun pernah bertanya). setahu saya, dah masuk akhbar menyatakan tidak dibenarkan. sekejap sahaja tiada, tetapi kemudian, ternampak lagi.

ni saya nak kongsi berita yg dipetik dari akhbar metro ahad lepas.


Premis misteri keluar ubat

SUNGAI PETANI: Sebuah lot kedai di sini yang didakwa menjadi premis mengeluarkan ubat-ubatan yang dijual pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah, didapati tidak beroperasi sejak lebih setahun lalu.
Keadaan itu agak mengejutkan berikutan alamat yang tertera pada botol produk jualan pelajar berkenaan mencatatkan produk itu masih dihasilkan di situ.

Tinjauan Metro Ahad ke premis berkenaan mendapati tiada operasi pengeluaran ubat-ubatan dilakukan, namun papan tanda lama belum diturunkan dan kelihatan usang.
Bagaimanapun, premis itu masih menimbulkan misteri apabila berada dalam keadaan tertutup dengan beberapa pekerja di dalamnya.

Wartawan bertanya seorang wanita berusia 30-an, dipercayai penyelia premis berkenaan, yang mendakwa tidak mengetahui kewujudan syarikat terbabit sebelum ini kerana baru menyewa sejak setahun lalu.

Wanita itu juga tidak mengetahui operasi pengeluaran ubat-ubatan di premis terbabit, sebaliknya mendakwa pihaknya hanya melakukan kerja menjahit langsir dan membuat ais krim untuk jualan.


Tidak berdaftar

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengesahkan sebuah pusat tahfiz di Kedah yang menggunakan muridnya untuk melakukan jualan amal di beberapa negeri, termasuk di Lembah Klang, dan bersekongkol dengan pihak tertentu yang diragui kegiatannya, tidak berdaftar dengan jabatan itu.
Pengarahnya, Datuk Noh Dahya berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap pengajian terbabit dan mendapati sekolah itu tidak mendapat kelulusan Jaik sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, pihak pengurusan sekolah terbabit sebelum ini menghantar permohonan untuk mendapatkan kelulusan mendaftar sekolah terbabit melalui Jaik, tetapi ditolak kerana tidak bersesuaian dengan keperluan seperti disyaratkan.

“Pihak kami melawat sekolah terbabit dan mendapati ia tidak sama seperti sekolah agama lain kerana ramai orang luar yang masuk, seolah-olah wujud perkampungan di situ.

“Oleh yang demikian, kami terpaksa menolak permohonan mereka kerana tidak menepati ciri-ciri diperlukan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.


PKRS perjudi generasi muda

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan ada usaha mewujudkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik nama baru Pertubuhan Kerabat Raja Sakti (PKRS).
Ajaran itu diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003, sebelum usaha menghidupkan semula dilakukan menerusi konsep penjenamaan semula bagi mengabui pihak berkuasa, sekali gus mengembangkan idealisme Aurat Muhammadiah secara senyap dan licik.

Jurucakap Jakim berkata, PKRS memperjudikan masa depan generasi muda semata-mata ingin menghidupkan kembali kumpulan yang diharamkan.
“Dua isu yang perlu diberi perhatian dalam masalah ini adalah soal menghidupkan kembali ajaran al-Mansur dan mempergunakan tenaga kanak-kanak.

“Tindakan bersepadu antara Jakim, jabatan agama negeri serta agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaksanakan bagi membanteras kewujudan kumpulan ini,” katanya.

Beliau berkata, terbaru, pihaknya menahan lima kanak-kanak disyaki daripada kumpulan al-Mansur dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS), JKM dan PDRM pada 31 Disember lalu.
Mengejutkan, katanya, kanak-kanak yang ditemui mengakui seronok melakukan jualan amal dan mahu menjadikannya sebagai pekerjaan tetap sebaik tamat sekolah.

Malah, penjelasan pihak sekolah juga mengakui ‘jualan amal’ adalah satu daripada kokurikulum penting bertujuan mendidik ilmu tauhid, fikah dan tasawuf.
Selain itu, menerusi Operasi Pengeksploitasian Kanak-kanak oleh Kumpulan al-Mansur, di Lukut, Negeri Sembilan pada 27 Januari tahun lalu, Bahagian Penguatkuasaan dan Pelajaran JHEINS menyelamatkan 83 remaja 10 hingga 18 tahun yang menginap di sebuah premis dikenal pasti.

Berikutan itu, katanya, Jakim menasihatkan orang ramai tidak mudah bersimpati dengan kumpulan ini.

Katanya, Jakim mencadangkan isu itu tidak hanya melihat daripada aspek pencabulan hak asasi, sebaliknya harus ditangani dalam rangka menangani ajaran sesat, iaitu dibubar dan diharamkan segera daripada terus bergerak aktif.

kalau tidak salah, kumpulan ini pernah mengalami kemalangan di lebuhraya satu ketika dulu.

ermmmm....entahlah..... kesian dengan anak2 tersebut (amat takut lagaknya bila kita bertanya banyak...dan cuba sembunyi maklumat) .

3 comments:

  1. Kesiannya budak2 tu mcm dipergunakan huhu...

    ReplyDelete
  2. itu la ye...kesian....
    tapi hairan, kebal sangat kegiatan ni. siapa dalangnya...?
    kalau tanya tak sekolah ke, dia orang akan jawab sekarang cuti...kalau kat malaysia, sekolah biasa time tu mana cuti.....entahlah......

    ReplyDelete
  3. selalu juga jumpa dulu kak zie. rasanya budak-budak tu dipergunakan la

    ReplyDelete