Tuesday, February 14, 2012

perlunya penilaian

Apabila hendak membeli sebuah rumah untuk keselesaan seluruh ahli keluarga, perlukah kita berfikir secara rasional?

pada pendapat saya SUDAH PASTI!.takkan nak main beli aje bila rasa nak beli! anda bersetuju dgn saya? tak setuju tak kisah.

logiknya, saya memang "melihat & menilai" rumah yang hendak dibeli kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Selain itu, melihat & menilai dengan pendapatan yang ada. Paling penting kan. (gaji kakitangan profesional kerajaan...bukan gaji pegawai atasan!...mood : sedar diri....hihihihiii) ...................

melihat & menilai dalam pelbagai aspek. ex: value (pada tapak @ bagaimana pada masa akan datang? @ lakukah nnt bila nak jual  @ kawasan tumpuan kah? @ dekat tempat kerja? jarak? @ .......pelbagai), keluasan (utk keselesaaan sendiri....saya pernah bertanya di kawasan bandar perda, akan dibina rumah jenis kluster nilai dalam rm280k....biarlah  org  lain beli, rumah kluster yg bersambung kiri & kanan & belakang bernilai seperti itu? oh..kat SJ ni, rmh kluster yg hendak dijual nilai rm160k pun kira mahal...dah la nak park kereta bermasalah....), binaan (ketinggian lantai dengan syiling, bukaan, tanah), persekitaran (kawasan international @ bumi sahaja....@ kawasan perindustrian @ tapak ladang kelapa sawit-masalah anai2)... 

memang terlalu rigit saya menilai, biarlah orang menceber bibir @ menjejek @  mencaci @ menilai saya "banyak korey", itu cara saya...... (saya tak nak jadi seperti mak saudara saya yg beli rmh flat sebelah pusat membeli belah (kira strategik & value tinggi), last rmh tak duduk sbb tingkat 11, parking seperti sedia maklum aka kerosakan akibat  budak nakal, nak disewa tak ada penyewa, nak jual, tiada siapa mahu.....dah masuk sepuluh tahun lebih, masih belum terjual....sbb kawasan masyarakat india. india sendiri pun tak nak beli.... lagi bersebelahan/berdekatan kawasan kilang). jadi, logik bagi saya melihat & menilai. kalau ada yg berkata beli ajelah, jangan terlalu melihat & menilai sangat,  terpulanglah..... setiap orang lain caranya....

semua apa yg saya melihat & menilai bergantung kepada harga/tempat/keadaan. saya bukan nak yg terbaik, tapi bayar murah. oh tidak... nilai yg ditawarkan berpatutan.....
 terpulang kepada diri masing2.

hari ini ada bidaan rumah di teluk air tawar. rm145k.... . jauh nak ke tempat kerja. saya boleh bertukar, en. jun sukar. itu contoh melihat & menilai saya.

hanya tempat melepas batuk ditangga....heheh...tak betul pun  ayat tu.....

sebenarnya

melepaskan geram aka sakit hati aka meratap nasib diri aka sedih.

2 comments:

  1. Salam kak,

    Betul tu, membeli rumah bukan perkara kecil2 seperti melepaskan batuk ditangga... Kena cari yg kita mampu, kawasan yg sesuai, strategik, value for money, kualiti & lain2... nnt menyesal tak sudah... kami ni pun sedang berusaha nak kumpul duit beli rumah lain... Rumah yg sedia ada ditinggal & disewa pd org, insya'Allah...doakan ye :)

    ReplyDelete
  2. isyaallah MY, nnt balik m'sia, boleh beli rmh baru. rmh lama boleh jadi aset @ boleh jual nnt.

    ReplyDelete