Saturday, December 17, 2011

cuti sekolah : rutin harian


Cuti persekolahan kali ini, membuatkan terasa "betul-betul cuti"lah. Sebabnya dah 2 minggu hanya berada di rumah kesayangan! (sebenarnya 1 minggu setengah je,(baru 1 minggu setengah,! yang lg 1 minggu setengah sebelum tu?)). 

Rutin harian, bangun pagi masak utk anak dara seorang tu bawa bekal ke sekolah, dan pergi hantar beliau ke sekolah di Chai Leng Park, balik buat apa yang patut untuk menjaga/mengemas rumahtangga (macam skimanya). Hanya ada si baby besar (Nuha) tu aje... aman sikit... relax & sudah tentu ber'internet'kannnnn, tengahari keluar semula pick up anak dara tu dari kelas. Berinternet lagi...dan lagi...dan masak utk makan petang/makan malam... kalau En. Jun kerja siang, tunggu dia balik, kalau kerja malam, kerah anak-anak tidur awal setelah "memaksa" mereka buat sedikit latihan @ bacaan. Boleh kira sebenarnya, asyik main, melompat atas katil, gaduh, itu aje kerja mereka berdua!
Dan terus ZZzzzz....... 
 
Esok bangun buat perkara yang sama..... nikmatnya bercuti.........
tapi sedikit boring la...." telapak kaki yang bertahi lalat besar" ini tak dapat berjalan merata-rata. Tapi memang relaks la.... tak ada tekanan dr Ketua, @ memang tak ada kerja yang perlu disiapkan segera.... (riaknya...tunggu la januari & febuari, hahhh...tak dan nak kayuh kot k.zie...)

Hujung minggu juga berada di rumah, sebabnya En. Jun bekerja dihujung minggu! last week, kerja Jumaat, Sabtu, Ahad, (dah tak dapat berhujung minggu :p) this week, Khamis, Jumaat, Sabtu, dan balik pagi Ahad (leceh betul) ...juga tak dapat berhujung minggu.....:p...:p 

Nikmatnya bercuti dan bahagianya........... 

rindu nak balik kg, tapi bila?

hahaha... minggu-minggu sblm ini buat apa agaknya ya!....hehehe... setiap hujung minggu atur ke rumah kenduri (dah musim cutikan). Minggu pertama, kakak & anak-anaknya datang, bawa berjalan-jalan sampai ke Lost World ( ; p), minggu kedua dah pulang ke kampung untuk majlis kenduri anak saudara (dah keluar pun entry), minggu ketiga, ke majlis menyambut menantu dan bercuti di CH. 

Minggu depan masih cuti, dan minggu lagi 1, dah kena ke sekolah untuk meeting pertama dan hari ke2, untuk pandaftaran murid baru...

Rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak ke sekolah semula, tapi kena bersedialah dengan kerenah semasa.........

p/s : harap tahun ni tak dapat jawatan langsung! dah agak pun.... kita kan insan tercorot.... amin....

Apapun... selamat bercuti untuk kawan-kawan sealiran dimana anda berada (wpun bukan satu sekolah dgn saya)....manfaat sebaiknya...

( nak masukkan foto sebagai selingan, tapi nak select pic. pun punyalah lemb, cancel ajelah....)


No comments:

Post a Comment