Wednesday, November 23, 2011

bila umur dimakan usia

Tajuk macam tua sesangat.....tapi memang dah tua pun....terima hakikat....
yang nak dikhabarkan....
Saya mula sedar bila usia masuk 30an, tambahan pula selepas melahirkan anak, ada beberapa perkara yg sudah tidak sama seperti zaman remaja / zaman muda. Antaranya ;

1.  Saya sudah tidak boleh menggigit mangga / buah pelam pada awal pagi...nyilu rasanya...dulu, bangun pagi, sblm mandi pun dah mula tokak (loghat kedah) buah.

2. Saya sudah tidak boleh makan terung separuh masak. Kalau makan juga angin / lenguh akan terasa di sepanjang lengan / tangan. (saya suka terung). Saya perasan slps melahirkan.

3. Saya tidak suka mendengar lagu / pasang radio kuat2. dulu, lagi kuat, lagi best. layannnn. skrg, radio kereta pun slow aje. kecuali nak dengar celoteh DJ. kalau en. jun pasang kuat, saya akan tune kembali slow....

4. tak boleh jalan banyak dah. dr muda smpai awal perkahwinan, ajaklah kemana sahaja...pasti on. En. Jun akan mengeluh dulu sbb tak larat jalan. Skrg terbalik pulak. Saya asyik tak mau jalan. Tak larat. kalau zaman Blog J, lagi la saya ukur jalan dgn kengkawan. Tu la sbb, Queensbay sampai skrg saya blm jelajah habis tau. Pergi ke tempat yg nak pergi ja. Stp kali ke shopping complex, balik sure out....En Jun akan urut kaki.....

5. Kalau salah makan, kadang2 badan akan meragam. macam angin ke, lenguh ka, sakit ka...

Saya memang sedar kekurangan yang saya rasai kini....ada lagi......

6. Sejak melahirkan nuha, 2008 , saya sentiasa sakit tulang belakang. Pagi2, saya tidak boleh berada dalam keadaan bongkok bhgn bawah pinggang. Mesti kena tegakkan...saya selalu juga berurut. Saya ada terbaca artikel. Rasanya sbb terjadi sakit pinggang ini adalah kerana semasa mengandung nuha. perut saya, besar. Sampai saya takut nak melahirkan. Takut kena opprt. Siap tanya Dr. lagi.

Anda nak tahu berapa berat Nuha?

Ya,  semasa dilahirkan, berat Izzaz Nuha Adhwa adalah 4.45kg. 3.8kg pun dah cukup besar, inikan pula 4.45Kelahiran secara NORMAL. Saya amat berbangga dan bersyukur.
Dr. pun terkejut. Sebabnya, sebulan sebelum lahir, saya dah bertanya, & Dr. dah ukur baby dlm kandungan, lebih kurang berat 2.9 sahaja. Nanti kalau lahir, dalam 3.2 mcm tu. tau-tau, 4.45kg. Tersangkut bahu sekejap, tapi dgn kepakaran Dr., dapat dikeluarkan dgn selamat. Kata Dr., dia pun takut, sbb takut tak boleh keluar. Besar sangat. (pssttt: kalau hosp. pasti dah kena opprt.)
Nuha berusia 1hari


Itulah antara penyebab sakit belakang saya sehingga saat ini.

7. Yang terkini, saya dah magrin. Kalau saya penat, tertekan, stress, tak cukup tidur, pasti kepala akan berdenyut-denyut. Selagi tak makan ubat tahan sakit, sakitlah saya.

Sekarang saya sakit kepala.......itu sebenarnya yang nak dikhabarkan.....hahahhahaa......keluar entry bila umur dimakan usia....
Nuha sekarang

No comments:

Post a Comment