Saturday, November 12, 2011

beginilah ragam manusia

entry yg panjang tanpa gambar


tadi, saya dan suami pergi ke satu tempat untuk pelancaran rumah/taman baru. Kawasan yg hendak dibangunkan ini, mempunyai kesatuan dan koperasi penduduk. projek ini dibawah syarikat kerajaan negeri. saya mengagakkan, koperasi kawasan sekitar ini ada syer/saham dgn syarikat/ pemaju untuk projek perumahan ini. kenapa saya beranggapan begitu? kerana pendaftaran boleh dilakukan di satu tempat komuniti penduduk di situ.

saya telah membuat pendaftaran utk membeli di tempat komuniti disitu dengan mengisi borang. seingat saya, seawal banner tentangnya dibentangkan, saya dah mendaftar. kira awal la. bukan baru 2 @ 3 @ 5 bulan yg lalu. mungkin januari saya rasa. ketika ini, saya bertanya untuk booking lot, dikatakan tidak boleh. plan kedudukan rumah/tapak dah ada dan dipaparkan termasuk kawasan dalam geran.

kali kedua saya ke situ lagi 2 bulan yg lalu utk bertanya. dan saya check semula s/ada saya dlm senarai berdaftar. memang ada. saya bertanya lagi tentang lot, dikatakan hal lot hanya boleh dibuat ketika pelancaran. pihak pemaju akan call utk tarikh pelancaran. menurut pekerja itu lagi, akan dilancarkan pada 29 okt. menunggu, tapi tidak ada menerima sebarang makluman.  memang tiada majlis pelancaran.

baru-baru ini, saya mendapat berita akan dilancarkan pada hari ini 12 nov. jadi saya dan suami pergi sekali lagi untuk memastikan betul @ tidak akan ada majlis itu pada petang semalam iaitu pada 11 nov. pekerja disitu memaklumkan ya dan seterusnya saya bertanya kenapa saya tidak mendapat surat @ telefon. beliau maklumkan shortlisted adalah senarai dari XXX syarikat kerajaan negeri itu. katanya, booking lot tak boleh kerana ada pertindihan. saya kata kenapa ada pertindihan? jwpn yg malas nak layan. sbb bertindih, jadi semua dikosongkan dan esok, first come first surf !

hari ini, saya sampai ditempat pelancaran, setelah 1jam bermula. apa yg saya dapat? dapat lihat sahaja kerana semua rumah sebanyak 90 unit telah bertanda (maybe ada 1 @ 2 shj) (agakkan saya : kerana katanya membuat panggilan utk 90 org sahaja) telah selamat dibooking orang.

anda perasan dak? 90 org yg dipanggil. kenapa saya tidak dipanggil. ok fine. tak kisah lah. kata wanita pekerja XXX itu, kepada seorang insan yg ingin membeli, kalau cik nak conner lot, kena awal la. sama dgn meja pendaftaran. nmpk macam silap sendiri la tak datang awal....memang, saya akui....bab lot tepi mcm pisang goreng panas.

saya melihat, mendengar dan memerhati gelagat mereka yg ada disitu.
saya bertanya dengan staf XXX ini,




S. kenapa kata tak boleh booking lot, tapi hari ini, tiba2,  dah booking semua. bukan dalam masa 1 jam, dah penuh.
J. booking di pejabat XXX.

S. kenapa boleh buat begitu, sedangkan saya antara yg awal daftar. kalau saya tahu, lebih baik saya pergi sendiri ke pejabat, bkn saya tak tahu. malah awal ketika itu.
J. itulah, ada pertindihan pendaftaran.

S. habis, kenapa buat begitu? buka 2 tempat, tapi first listed yg di sana.
J. itu la....susah nak dia jawab, terus bagi alasan ini. mereka lebih lama. ada yg 2008. (fine, saya terima kerana kekadang, pemaju memang menerima pendaftaran w/pun blm ada projek).

S. kenapa saya nak booking tak boleh, tapi org lain boleh? kata first come first surf
J. itu pekerja disini yg salah cakap. (saya masih menerima sbb malas dengar!)

S. bagaimana mereka boleh booking, tapi saya tak boleh?
J. susah utk dia jawab. you see!

ketika itu, suami saya datang dan berbisik, ada kawan yg pernah bekerja sekali dengannya dulu, beritahu, beliau dapat kerana menggunakan org dalam!. you see lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

pekerja itu memberitahu saya, kalau puan nak, ada 1 buah lagi yg belum terjual.
suami terus menyampuk, saya nak lot tepi. bkn tengah.

S. saya baru dpt maklumat, ada menggunakan org dalam untuk booking. mana adil mcm ni. sbb utk org ramai tak boleh booking, KRONI boleh. (hati mcm nak kata, buat taman kroni jaya la).jadi, saya yg tidak mengenali org dalam tak dapat booking.
J. itu lah sekarang. saya tak boleh kata jangan sbb yg urus bukan 1 @ 2 org, tapi ramai.

S. saya terima kalau booking dah penuh w/pun awal, tapi, saya nak booking tak boleh, tapi org lain  boleh. guna org dalam.
terus pekerja itu meminta no phone saya, kalau ada kosong lot, nak cal. oh...itu hanya untuk mematikan kepanasan hati saya. tapi hati saya memang telah menjadi bara. suami cakap saya hanya mau lot tepi. saya terus menyampuk. ya. sbb saya tahu saya punya loan pasti lulus sbb sblm ni saya dah check dgn bank, dgn gaji saya, saya mampu loan sebingga 250k. (maaf, ayat ini memang tinggi bunyinya, dan fakta itu betul).

masih beralasan, tetiba ada seorang makcik bertanya, dia nak lot tepi, kemarin ada yg tolak. you see.... jawapannya, hari isnin saya call makcik. (saya rasakan, makcik itu komuniti disitu...sbb hanya berpakaian seharian dirumah (agak aje-lagipun, memang nampak yg tidak bekerja -kwsn yg nak dibuka ini adalah kawasan kampung ).

terus saya masuk ....kenapa dari first saya datang hingga kali ke 3 saya tak boleh booking, tapi org lain boleh.
memang sukarlah dia nak jawab.

last, dia berjanji nak bagi lot tepi jika ada, hanya janji palsu. saya pun mula berhujah.
kalau org lain boleh booking, kenapa saya tak boleh booking. mcmana buat kerja. kalau saya tahu, hanya perlu daftar di XXX, lbh baik saya kesana. tak payah lah daftar di komuniti ini. saya jadi mangsa la. lagipun, bagaimana buat urusan, buka 2 tempat, tapi ambil yg di pejabat sahaja. lbh baik tak payah. kalau dari kemarin cakap, booking lot dah penuh, saya tak marah sangat. atau dibuka kepada ahli dahulu (koperasi kawasan ini), @ ada %nya. dan % utk staff XXX. itu boleh terima.
jawapan begitu, saya terima. ini tidak. pelancaran hari ini ada 1 @ 2 lot sahaja yg sengaja dikosongkan untuk mengelabui mata kami yang ingin menjadi pembeli!

memang sakit hati betul dengan org yang buat kerja tak adil. saya memang pantang bab kroni. kerja tidak adil. dunia sekarang.

org yg bkn xxx/rakyat berpendapatan sederhana tahu, rasuah, nama, pangkat amat memainkan peranan penting dalam Malaysia sekarang. itulah sebab gelaran pun boleh beli! ketidakadilan akan berlaku dimana jua. itulah juga  yg dikejar org sekarang. maka jadilah kaki ampu. disekolah pun ada, kerja tak mcmana, nama naik!

org xxxx/kaya/berpangkat/berkedudukan menyatakan tidak @ tutup mata!

maka jawablah mereka itu di sana nanti. amin.

No comments:

Post a Comment