2010.
Kali pertama saya diberi tugas menguruskan hal ehwal peperiksaan. Itu setahun yang lalu. Awal Januari 2010. Banyak yang saya kena belajar. Lagipun saya baru lagi. Saya berguru dengan rakan sekerja sebelum ini walaupun beliau telah berpindah sekolah. Alhamdulillah, beliau banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Terima kasih yang tak terhingga Pn. Ho!
Saya mula menjalankan tugas...Januari, Febuari & Mac...April kena hantar data pendaftaran murid. Setelah siap semuanya saya key-in, saya perlu mencetak. Hari nak print out data dari sistem, saya bawa laptop ke sekolah (boleh dikatakan selalu saya membawanya). Malangnya semasa saya hendak ke kelas pada tengahari, iaitu jam 12 tgh, saya terlupa menyimpan laptop tersebut. Ianya berada di dalam beg sandang KFC (dapat semasa mendaftar sebagai ahli untuk anak saya : p -saya tak suka bawa beg laptop sbb beg sekolah saya pada masa itu mmg beg seperti beg laptop)). Beg tersebut saya tinggal di atas kerusi kat tempat duduk saya dalam bilik guru. Tempat saya adalah tepi pintu. Tempat yang paling mudah ditemui. Laptop tersebut, tak nampak pun. Kebetulan hari itu, ada mesyuarat di bilik mesyuarat. Dalam jam 2.30 ptg baru selesai. Apabila turun dari bilik mesyuarat (bangunan yang berlainan dengan bilik guru), saya pun nak print kerja saya di bilik PK1. Baru saya ingat, saya tidak simpan beg saya!!!!!!....Itulah yang malangnya...laptop saya HILANG. Tak dapat saya nak gambarkan. Saya memikirkan hanya tinggal 4 hr sahaja lagi utk hantar data. Habis pendaftaran saya.....bagaimana harus saya lakukan....data...data...data....adakah saya perlu melakukan sekali lagi...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ada orang berkata pada saya, boleh senyum lagi....bila org berbual, saya berbual lahh... benda hilang nak buat cam na....saya tak terdetik pun laptop saya hilang, yang saya fikir, bagaimana harus saya lakukan untuk data pendaftaran saya....bukan sikit, sekolah saya ada 198 orang murid tahun 6 = enam kelas.
*
*
*
*
*
*
*
*
ada orang berkata pada saya, boleh senyum lagi....bila org berbual, saya berbual lahh... benda hilang nak buat cam na....saya tak terdetik pun laptop saya hilang, yang saya fikir, bagaimana harus saya lakukan untuk data pendaftaran saya....bukan sikit, sekolah saya ada 198 orang murid tahun 6 = enam kelas.
puas saya berdoa, juga "menengok" dgn yg bijak pandai bahagian 'itu'. Sepanjang minggu itu saya berada selalu pulang petang, atau datang semula sebelah petangnya. Konon melihat andai kata org yang terambil itu memulangkannya semula....
Akhirnya......Saya terpaksa meminjam laptop sekolah untuk mendaftar semula dalam sistem. Memang pulun saya siapkan dalam masa 2 hari, setelah saya tunggu 2 hari, tak jumpa semula laptop tersebut. 2 hari yang berbaki itu, saya daftar semula....samapai lewat awal pagi saya buat!...akhirnya siap juga... untuk semakan, saya meminta jasa baik rakan seperjuangan menyemak pendaftran tersebut. Ejaan nama, no surat beranak, tarikh lahir, keturunan, agama, jantina dan kelas. Banyak benda kan. Itu yang lambat.
Kesudahannya, saya tak dapat semula pun laptop pertama saya itu. Baru 2 tahun saya menggunakannya. laptop tersebut telah dibuang ke dalam sungai (mengikut kata seorang sahabat saya yang 'bijak pandai'). Redha kerana bukan rezeki saya tu...mungkin kifarah kepada saya atas dosa2 saya yang saya tidak tahu (bersangka baik)....
selepas semua urusan pendaftaran selesai, baru saya merasai kesedihan saya telah hilang laptop!
to be continued ....
No comments:
Post a Comment