Saturday, August 13, 2011

Tanggungjawab : Nilai sebuah amanah! (part 2)

.....part 1....laptop saya hilang....sambungan...


Pada petang kejadian, saya ke balai polis buat report. Saya di'sinis'kan oleh seorang pegawai polis wanita dengan pertanyaan, "buat report ni utk apa? nak dpt balik?"...saya menjawabnya, "saya faham, saya TAK AKAN dapat semula, tapi saya ingin memberitahu pada yang mengambilnya, lain kali jangan panjang tangan untuk mengambil yg bukan hak, biarpun untuk 'mengenakan' kawan sekali pun, juga peringatan kepada si panjang tangan, dia dah masuk kes polis!" (ada ka patut polis tanya gitu?), dia juga bertanya, "dtg ni beritahu GB (guru besar) dak?". Pasti. Sebelum saya datang, saya bertanya GB dah, bolehkan saya buat report krn ianya melibatkan sekolah, nnt takut tercemar nama sekolah. So GB kata lebih baik buat report. (menurut kata polis itu, mmg saya perlu minta kebenaran boss). Lepas ke "Balai" itu, saya diminta ke Bandar Perda pula bertemu pegawai disana. Untuk lebih detail. Berakhir sehingga lewat maghrib. Dah malam baru sampai rumah dengan 2 anak yg kecil. (en. jun kerja).

seperti yang saya ceritakan dlm part 1, saya baru merasai barang saya hilang setelah selesai urusan pendaftaran....sedih....

Saya redha kerana mungkin ini kifarah keatas saya atas salah dan silap saya (yang tidak disedari mahupun yang disedari=eh faham ke ni?). Saya juga menerima laptop itu hanya menjadi milik saya selama 2 tahun sahaja. Sesungguhnya saya redha kerana saya boleh beli lain....(mcm duit banyak=apa lagi yg saya boleh katakan....).

to be continued.....2011

No comments:

Post a Comment