...part 2....selesai cerita 2010
2011
oppsss, terlupa.... sebulan selepas laptop hilang, saya terpaksa beli lain kerana desakan tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan.... sesungguhnya saya tak ada duit...so saya gores dan menang
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
(kad kredit la)....
(ada yg bertanya, kenapa saya tidak minta laptop sekolah : jwpn= saya bukan guru Bhs. Inggeris yg layak memegang laptop sekolah, saya hanya boleh meminjam sahaja! /////// saya pun sebenarnya tak berminat nak guna hak kerajaan kerana takut. Masa GB bertanya dulu (jan 2010), awal2 lagi saya jawab nak guna hak sendiri. Senang. Takut hilang, nnt susah nak jawab.....dah ada 2 rakan yg memegangnya, telah hilang akibat rumah dimasuki pencuri dan kereta kena pecah. Bukan senang tau hilang harta kerajaan ni......lebih baik hilang hak saya.....(memang dah hilang pun :-p)
Awal Ogos 2011, tiba-tiba laptop yang amat berjasa pada saya, tak boleh on!....huhuhuhu.... malam tu saya menangis dan call En, Jun di tempat kerja beritahu. Sedih sangat...saya sayang laptop ni kerana saya beli yang 'bagus'.
siap msg rakan2 beritahu kesedihan itu.
habis kena deco dgn saya.... |
Dah la saat itu saya sedang menunggu markah peperiksaan UPSR dan sistem KMKK (kemasukan markah kerja kursus = PEKA & PAFA) untuk diisi dan dihantar....
macamana saya nak buat?...lagi, saya punya data kerja saya sepanjang 2010 dan 2011 ni....pendaftaran murid tahun ni, ....pendek kata macam-macam la, panjang kata, kecewa sangat...hancur luluh...(macam putus cinta dgn ez lak......hahhahahha)
Lalu sebagai insan yang lemah, saya meratapi, inikah sebuah tanggungjawab yang perlu saya bayar? Nilai sebuah amanah? (tu yg keluar tajuk tu kat entry). Inikah nilai yang harus saya bayar untuk tugas yang diamanahkan.... saya sedih kerana kenapa ia terjadi pada saya? kenapa bila orang lain buat kerja, Allah mudahkan lorongnya.... Astaqfirlahhalazim....sampai kesitu saya....
Sesungguhnya saya tidak pernah berkira dalam melakukan kerja ini biarpun saya banyak berhabis....
bukan nak mengungkit @ tidak ikhlas, cuma sekadar menyebut...
Saya banyak berhabis wang untuk print out kerja, dah beratus habis (sekali beli ink RM50), dah berpuluh saya beli....berapa banyak saya beli cover utk analisa peperiksaan, binding, fotostat soalan saiz A3, kertas berwarna....membuat kerja yang sepatutnya dibuat oleh guru (walaupun sedikit, tapi kalau selalu dan setiap kali exam?)...dan ada lagi....
dan lagi....tahun ni saya korbankan laptop saya 'burn' CD untuk lebih 90 orang guru dengan sekali buat sahaja....(ada yg berkata, kenapa saya buat, kenapa tak suruh juruteknik?-jawapan saya, itu kerja saya, saya nak cepat, kalau suruh org lain, siapa saya nak mengarah, adakah orang tidak ada kerja? so perkara seperti itulah saya dan kawan2 menyiapkan burn CD tu sampai pukul 4 (kalau tak silap) Terima kasih yang tak terhingga kepada MAZRAH, SAL, FIZAH. Kita buat kerja ikhlas kan...
mesti ada yang berkata, tak ikhlas lah sbb dok sebut.... dah saya nyatakan, hanya menyebut sahaja...sesungguhnya saya ikhlas....
Rentetan laptop yang setahun jagung itu rosak....
Saya check di pusat service, kena tukar motherboard sbb dah rosak...RM350 dan 3 minggu baru siap... mak aiiii 3 minggu tu...... di sekolah, saya bertanya juruteknik dan beliau melihatnya....hasilnya, "rosak teruk, tapi saya tak buat apa-apapun, sekarang dah boleh on'" katanya. Alhamdulillah, data saya akan saya save segera....
Saya juga menggunakan laptop itu dengan amat lasak sekali.....kalau hari cuti, dari pagi sampai malam sentiasa on...lebih 24hours pun pernah......usung ulang alik rmh sekolah setiap hari....tak pernahlah 1 minggu saya tak bawa ke sekolah....memang lasak betul....almaklum, destop zaman blok J (masa kerja di USM / study master) saya dah lama jadi perhiasan.....itu sahaja laptop yg ada....
kini.... laptop tu dalam keadaan baik...dan saya menjaganya seperti menatang minyak yang penuh....
tq Isfendi....
3 @ 4 @ 5 hari selepas laptop rosak hari tu, saya dan En. Jun men'servey' destop.... hasilnya tanpa fikir dengan lebih panjang, saya pejamkan mata, beli destop!.....alhamdulillah....dapatlah saya buat kerja semula. tapi ketika itu juga laptop dah boleh guna...sbb saya beli baru, tak nak guna lasak dah laptop tu.... saya mmg suka on secara perpanjangan....(padan dengan muka saya kan.....)
Conclusion aka kesimpulannya, saya melahirkan kekecewaan kerana saya ter'dush' dan amat down kerana saya diuji Allah....tapi sebenarnya, Allah uji saya kerana saya mampu menghadapinya dan Dia sayang pada saya.... Alhamdulilllah....
* sebenarnya saya terlihat situasi seseorang tak nak guna barang sendiri utk siapkan kerja sehingga menyusahkan org lain.....dan tidak bolehkan berkorban utk kerja sendiri? dan banyak lagi..... juga terasa bodohnya saya kerana sanggup menggadaikan hak sendiri sedangkan orang lain bijak mengendalikannya dengan cara lain.
dunia
No comments:
Post a Comment