Sunday, July 31, 2011

Sabar itu separuh dari iman.

Baru selesai membaca blog http://warna-nostalgia.blogspot.com/
Membaca utk kali pertama! Terjumpa dan tertarik utk membaca 
Setelah sekian lama merindui seorang emak, kali ini saya kalah! 
kalah kerana menangis!
Menangis kerana rindukan seorang ibu, menangis kerana mereka mempunyai ibu dan ikatan kekeluargaan yang erat. Saya tidak mempunyai emak utk merasai kasih sayang! 
Al-Fatihah utk Hjh Sofiah Hj Shafie.
Juga pada ayah Hj. Abd Rahman Abdullah. 
Tambahan pula, semalam saya baru bermimpi emak dan ayah. 
Keduanya datang dalam satu mimpi! tanpa berkata-kata. 
Mula-mula saya ingatkan sekadar mimpi sahaja , tetapi dalam mimpi tersebut, keduanya tidak bersuara. Sekadar menjadi watak dalam mimpi. Orang berkata, sekiranya arwah datang dalam mimpi tanpa bercakap, bermakna mereka datang kepada kita. Betul atau tidak wallahuaklam!Sesungguhnya saya terlalu rindukan kasih sayang seorang ibu dan ayah!.....menangis lagi....
Ya Allah, tempatkanlah kedua ibu bapaku bersama orang-orang yang beriman!
 amin ya rabbal 'alamin


2 comments:

  1. Salam
    Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya di blog Warna Nostalgia. Sama-sama kita doakan agar ruh mereka yang kita kasihi di tempatkan bersama para solihin

    ReplyDelete
  2. to Ariff Budiman : terima kasih, suka dengan ayat2 coretan entry anda. Melambangkan peribadi mulia

    ReplyDelete