Pernahkah anda semua mendengar "jadi ahli utk *syarikat ini, anda akan membayar serendah RM47 shj apabila setiap kali bercuti" (bayaran hotel)". Murahkan! Saya dah biasa mendengarnya apabila suami bercerita, kawannya menjadi ahli dan berpesan, "kalau nak kemana-mana, beritahulah dia, nnt boleh guna id nya. Bayar RM100 dah la semalam". Saya juga pernah menerima panggilan telefon berkaitan hal ini. Last Matta Fair (2010), saya mendengar juga semata-mata nak dptkan free stay kat hotel 'dia orang'. Dapatlah baucer tu. (tak pergi pun : Apartment kat Cameron).
Jumaat lepas, saya ke Matta Fair di Pisa. Adik saya dan isterinya mendengar, so saya dan suami juga mendengar. Hahhaaa... saja nak dptkan baucer free. Syarikat ini lain dr yang 2 syarikat dulu. Tapi concept yg sama la. Akan jadi ahli selama 30 tahun. Kalau kita dah tiada, boleh pusakakannya pada orang lain (anak2 ke, kawan ke @ mana2 ahli keluarga). Huh, cam hebat. Setahun diberi point 270, utk ke mana2 destinasi, akan digunakan point tersebut, seperti bermalam di .... memerlukan 70 point (ikut rate hotel). Setiap kali pergi, free la check in nya!. Punya la panjang penerangan, puas saya tepis dan cakap, straight to the point la, saya mau tahu jumlah yg perlu dibayar sahaja! selagi dia terang xhabis, dia xakan beritahu.... nak beritahu pun kena panggil manager mereka. Maka datanglah memberitahu, "Puan kena bayar hanya sebanyak RMxx,xxx sahaja setelah discount sempena Matta Fair, : sebanyak RM16,+++k sahaja. 16 ribu tu! Tapi puan jangan risau, kami akan ambil 30% sahaja hari ini, adalah lebih kurang RM4k, bakinya puan boleh bayar secara ansuran, selama 3 tahun, RM315 shj. Tanpa charge dan tanpa faedah!" setelah puas mendesak saya, minta manager datang lagi, bagi bulanan lbh rendah. (akan bertambahlah tahunnya).....
Bagaimana pendapat anda semua tentang hal ini? Adakah anda menjadi ahli Swiss In (Hotel)? atau Leisure (Apartment)? atau Sunway Corporation? (ini yg saya dengar semalam).
Pendapat saya, saya bukanlah mempunyai banyak wang utk membuat pelaburan sebegitu, dan bershopping sakan di tempat2 mewah yang disenaraikan dalam list mereka, walaupun mendapat discount. Biarlah semurah RM47 sahaja setiap kali bermalam di hotel mereka (xperlu bayar pun kerana diambil dari point = dah kita bayar jadi ahli), saya tidak berminat langsung. Lagi satu, saya akan terikat di tempat2 tertentu sahaja kerana bukan semua hotel dalam senarai syarikat mereka. Biarpun setiap kali cuti sekolah saya bercuti bersama keluarga kemana-mana destinasi, (katanya lagi, rugi saya xnak masuk ahli sbb saya selalu bercuti)
Bagaimana 10 tahun lagi, hotel tertentu itu telah bertukar milik?
Akhir sekali, saya dapat free bermalam di Sunway Resort dgn bilik yang berharga RM650/ night. Saya tahu, saya tidak dapat bermalam di sana kerana yang diberi hanya ahad sehingga khamis SAHAJA. Kalau bekerja macam adik2 saya, mudah ambil cuti, tapi sekolah ni, payah la sikit. Adik saya dapat Sunway Georgetown. Lebih baik yg dekat dr yang jauh. Nak pergi jauh tu 1 hal lak.....
Anda?
No comments:
Post a Comment