Tapi syukur kerana tugas tahun ini, tidak berat...terima kasih Pn. Norlia...2010 terlalu terbeban bagi kzie dengan tugas yg digalas...dah la firstime...
rewind semula 2010...antaranya : selalu (ulang : selalu) xtidur malam utk menyiapkan tugasan yg harus dihantar segera (ppd & jpn suka hntr surat hr ni, nak data esok atau lusa dlm kadar segera), selalu tidur sekadar menghilangkan pening sbb xtidur, xcukup tidur tu xyah cerita lah...dan boleh dikatakan jarang dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan tugasan @ hati lapang...
apa keje yg kzie buat tu? urusan berkaitan peperiksaan upsr (pendaftaran, ujian aptitut dan peperiksaan, analisa setiap kali selesai peperiksaan yg perlu dihantar ke PPD @ JPN) dan juga urusan peperiksaan sekolah (tugas : setiausaha peperiksaan merangkap upsr dan dalaman). tugas exam dlmn ni la yg paling teruk...paling penat pagi hr exam (penat fizikal) sbb nak bawa turun soalan dr bilik kebal (? : bukankah sebuah laptop tlh hilang dibilik ini? kebal? oh tidak)..hahahaaa..berat tahap gaban @ gxxx bxxxxxx. 1 kelas =purata 37 kertas x 6 kelas x 5aliran (tahun 1-6 kecuali thn 2 : petang, sbb tu x 5)x 3 paper 1 hr.... berapa berat paper tu ...jual ngan surat kabar lama mesti leh buat kenduri ni...
juga antara yg penat adalah menerima umpat keji @ sindiran kawan seangkatan yg baik budi bahasa (ayat baik ...ishhh...ishhh xbaik guna istilah yg bukan2, sbb nnt kzie jg jadi sprti mereka...)...
keadaan ini membuatkan kzie hampa & menangis....berapa kali menangis dgn nora kerana melayan kerenah guru2....& juga rakan sepanitia...
TAPI KZIE PUAS. PUAS KERANA MENYELESAIKAN TUGAS WALAUPUN PELBAGAI DUGAAN....KERANA SEMUA INI ADALAH PENGALAMAN YG TIDAK DPT DIJUAL BELI...DAN sebenarnya, inilah HARGA SEBUAH TUGASAN @ NILAI TUGASAN YG DISANDANG sebagai SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH...
juga kzie puas kerana dr ketiadaan fail peperiksaan, kzie wujudkan fail..(tetiba diakhir tahun 2010, sampai surat PPD utk mewujudkan faillllllll....ikut stail yg ditetapkan, bukan kah menyusahkan kerana kena tukar....entahlah....)Tahun 2011 ni, PK pentadbiran (Pn. Norlia) telah memecahkan tugasan dgn mewujudkan S/U dalaman.... dalam erti kata lain, kzie hanya sebagai S/U UPSR dan yg sewaktu dengannya...segala urusan berkaitan peperiksaan sekolah, ditugaskan kepada Pn. Salmah...tahniah....
juga kzie amat bersyukur kerana diberikan rakan sekerja iaitu Cik Mazrah utk turut sama bertugas dalam bahagian ini...terima kasih Mazrah kerana sudah mula membantu..(.(kzie xsuka nak menyebut sebagai pembantu @ penolong kerana siapalah kzie utk ada pembantu dan dlm keadaan ini bagi kzie, kita bersama menunaikan tugasan, tidak ada ketua @ penolong, lainlah panitia atau persatuan atau kelab)
wallahuaklam...
salam...
ReplyDeletesinggah sini sambil folo ur blog..***7