2018 : Sukarnya nak menulis...
berhajat nak teruskan penulisan diari ni...untuk kenangan anak2 nanti...tapi mak aiii...punyalah sukar...buntu...
paling utama, kekangan masa... masyaallah...
AdHwA : Diary HidupKu
Catatan kehidupan sebagai kenangan diangin lalu...
Tuesday, August 28, 2018
Sunday, June 3, 2018
Ramadan 2018
Hari ini hari yg ke-18 kita berpuasa. Dah tak berapa hari lagi. Kena kuatkan semangat dan cari masa yg ada utk memperbanyakkan ibadah. kerja harian pun ibadah, ini ibadah yg lebih fokus pada ilahi. Atau sebetulnya, perlu curi masa yg ada. Dalam hal kerja, tak pernah habis.
Paper utk marking ada lagi 3 kelas. Dah habis 4 kelas dan siap isi SAPs. Lagi 3 ni mesti habiskan minggu ni. Kalau tidak, bertangguhlah sampai dateline. Insyaallah, setakat ni tak pernah sampai saat akhir.
Mula cuti ni, nak buat baju, jahit langsir. Harap sempat. Baju raya dah ada, saja nak buat, kain yg dibeli masih ada dirumah beberapa pasang. Belum beri pada tailor. So kita buat sendiri.
Monday, May 28, 2018
Friday, December 2, 2016
Semangat....
Dengan harapan, kembali aktif dan dapat mencoret sedikit memori di dalam diari terbuka ini, untuk tatapan anak cucu di kemudian hari....amiiinnnn
Kesibukan bukan penghalang andai hendak seribu daya...kan...kan...
Kesibukan bukan penghalang andai hendak seribu daya...kan...kan...
Tuesday, September 27, 2016
Tuesday, December 15, 2015
2015 : Cuti2 Malaysia - KL (sambungan)
Melakar kembali memori cuti-cuti Malaysia. Lepas check in, kami terus menuju Medan Mara dan naik bas Hop On Hop Off tu. Sayangnya tiket berharga rm19 (dewasa) terpaksa kami beli. saya mmg tahu tentang offer dlm online...kena daftar dan dapat tiket harga rm5 shj. Sehari sblm ke KL, cuba, tp tak dpt...driver tu sangat baik, siap bagitau...dan info tentang tiket 24hours ni. Saya tahu sikit2 je sbb dah study kat blog2...
Best la naik bas ni...seriau pun ada, time dia lalu jalan2 sempit area Bukit Bintang (kot)...macam nak kena langgar je kereta tepi... yang pasti banyak tempat boleh nampak secara jelas....
Kami sampai KLCC, tapi sebab awal lagi, kami tak turun di situ...meneruskan perjalanan... Kami turun di KL Sentral. Ambil LRT terus ke KLCC. Iman nak tengok show air warna warni tu...
Esoknya, kami ke KLCC lagi. 8.30 dah sampai. Hahaha...nak masuk awal Petrosains...
Dari KLCC, kami naik bas Hop On Hop Off sekali lagi....dah tiket 24 hours kan... time tu dalam pukul 2pm... Save budget la... last kami turun semula di Medan Mara semula...dapat satu pusingan...
berbaloi...anak-anak siap buat video...
Singgah makan sate kajang di Medan Mara. Shopping kat Sogo. Pastu jalan-jalan Pasar Malam Jalan TAR. Tapi dah letih seharian...terus naik bilik...malas nak jalan bagai...mengantuk...padahal pergi KL dah set nak pusing Pasar Malam...ermmm Pasar Malam kemana, shopping kemana...janji bantal....
Last day kami ambil teksi ke Planetarium Negara & Muzium. Balik singgah makan sate Kajang lagi sekali, dan jalan-jalan cari barang sekitar jalan Tar. Check out pukul 5.00pm. (dah bagitau Hotel utk check out lambat dan tambah rm100 utk itu). Terus ke KL Sentral dan ETS bertolak jam 6.30pm.
Percutian lebih kepada anak-anak...Dulu bawa mrk ke tempat-tempat tersebut tak faham lagi...sekarang bolehlah...banyak soalan...tak terjawab...
Kata mereka seronok bercuti...nak pergi lagi...sblm tu minta tak nak balik lg...merayu mohon sambung cuti...mana boleh anak-anak... Pertama papa kerja, kedua, kalau tak balik lg, nnt nak balik dgn apa? Tiket ETS mesti dah tak ada....bukan naik kereta sendiri seperti selalu....mujur faham....
Semoga percutian yang menggembirakan mereka dan bermanfaat...
Balik saya paksa mereka buat karangan 'percutian saya ke KL'....hihiiii
Thursday, December 10, 2015
Illusion 3D Art Museum
Jalan-jalan kat Central Market. Tunjuk kepada anak-anak itu ini, Cerita itu ini...
Terjumpa Illusion 3D Art Museum (https://www.facebook.com/Illusion3DArtMuseum) .
Saya dan suami pun tak tahu ada Illusion 3D Art Museum kat sini. Cuma kami tahu sekarang banyak tempat ada...bukan kat Penang aje....Anak-anak teruja nak masuk,
Kepada sesiapa yang belum pergi, bolehlah masuk ke muzium ni. Yang paling saya suka, tak crowded. Santai dan mudah bergambar. Kalau orang bederet tunggu dan tengok kita, mesti tak berapa best kan....
#cuti2malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)