Friday, September 12, 2014

... pengalaman yang mematangkan kita, mengetahui rentak kehidupan ...

Semalam hari yang sangat penat. Sebab exam UPSR tak jadi untuk subjek Sains, momentum murid untuk mendengar arahan dah lari. Begitulah anak-anak, kembali ke perangai asal. Bila tiba waktu nak bergerak ke bilik peperiksaan waktu kertas Bahasa Inggeris, semua dah kurang mendengar arahan. Hari last pulak. Jiwa dah nak merdeka dah gamaknya... semua gerakan tidak mengikut arahan. Bila suruh beratur, masih ada yg ke sana kemari. Bila minta duduk dan makan bersama-sama di dewan, ada yang berkumpul, bersama mak bapak. Jadi, berterabur la sana sini. Susah cakap. Mak bapak nak perfect untuk anak mereka, kami tahu, kita semua sayang anak-anak! tapi adakah mereka sebagai ahli PIBG menghulurkan bantuan? Waris boleh lihat saja guru-guru mengatur air dan makanan. Siapa pun tidak menolong. Menolong komen ada, Tidak seperti tahun lepas, waris bertanya minta untuk menolong bila nampak guru-guru bekerja. 

Kekalutan berlaku apabila ada murid yang sakit mata. Urus dan maklum pada ketua pengawas, tempatkan dalam bilik kuarantin. Kekalutan juga berlaku pabila seorang murid mengalami baju terkena .... dengan banyak. Habis lekat dan nampak kesannya. Saat itu dalam perjalanan masuk bilik peperiksaan. Kalutnya saya memberitahu ketua pengawas, ada murid seorang belum masuk kerana bertukar baju. Ye lah, nanti andai melebihi 15 minit, murid tersebut tidak dapat masuk ke dewan peperiksaan. Juga bayangkan kalutnya cikgu lain mencari baju ganti....

Satu lagi kekecewaan saya sebagai SUP, ada perkhabaran dari waris, bahasanya ada seorang waris lain, menulis jawapan di tangan anak. Masya Allah....tidak percayakah dia dengan anaknya? Berkali saya berpesan, semasa taklimat sebelum peperiksaan iaitu pada hari Jumaat, panjang lebar saya terangkan. Pagi-pagi setiap hari sebelum ke bilik peperiksaan saya ingatkan, malah, hari kejadian, masih saya ingatkan... rendahnya mentaliti dan integriti waris tersebut. termasuk anaknya, tidak dapat memahami apa yang diperingatkan. 

Ada 1 kes kali ini. Murid saya 2 orang tidak mengikut arahan guru dan juga pengawas peperiksaan. Seringkali diperingatkan, apabila menjawab soalan objektif, terus transfer kan jawapan tersebut ke atas kertas objektif, tetapi anak didik kami ini, tunggu sampai habis, baru nak hitamkan jawapan. Tatkala itu masa untuk menjawab telah tamat. Pabila saya mendengar kejadian ini, ketaq lutut (kata org kedah), bergetar semua jiwa raga. Syukur pengawas tersebut beri masa untuk menghitamkannya, sedangkan kalau tidak diberipun, bukan salah pengawas tersebut. Semua guru mengucap bila mendengar. Apa yang kami risaukan, jawapan anak tersebut, Kalau tidak diberi masa menghitamkannya, apa akan jadi? tiada jawapan lah... Untuk rasa malu pada pengawas, malu bagi pihak sekolah, kami tempatkan no.2, yang penting jawapan murid tersebut.

Berbanding kes di atas dengan perkhabaran yang saya ceritakan tadi, saya tidak lagi memikirkan jawapan murid tersebut. Sebaliknya saya memikirkan andai tertangkap dengan cubaan meniru itu, akan ada kes cubaan meniru dan pastinya sekolah akan malu. Saya biar saja apa akan jadi pada murid dan jawapannya, saya lebih mementingkan sekolah. Sekolah mendapat malu. Sebab dalam kes ini, telah diperingatkan berkali-kali, murid dan waris tersebut sengaja menempah .... (nak kata apa ya?)

Sakit hati betul. Kalau sekadar saya tak tahu atau tidak dimaklumkan siapa, mungkin saya akan klasifikaskan khabar angin....rekaan cerita....ini saya dimaklumkan si polan ini, mak sidia menulis jawapan bagi anaknya. Macam nak bersemuka ja. Mana kredibiliti? Apa guna memakai baju biru (pengawas) kalau sikap begini. Apa guna kelas depan kalau tak percaya pada diri sendiri. 

Akhirnya, nah, kena ambil semula subjek tersebut. Apa nak kata... sediakan tangan kaki badan untuk menulis kembali gamaknya.

Bertambah penat apabila mengetahui subjek Bahasa Inggeris juga terpaksa diduduki sekali lagi. Sangat-sangat menjatuhkan emosi. Down. Sebab memikirkan urusan peperiksaan lagi. Bilik peperiksaan, dimana hendak ditempatkan murid yang telah digunakan kelas mereka. bagaimana dengan hari kejadian? adakah murid akan diberi cuti? Tahap kebisingan? Makanan murid UPSR? Pelbagai... 

Kepenatan mental. 

Balik dah hampir jam 5 ptg. Yelah, kelmaris habis exam UPSR 4.30ptg. Lepas balik rumah, terus keluar pergi rumah baru. Nak jumpa kontraktor, Bagi duit kali ke-2. ikut progress. Lepas tu, pergi jumpa orang buat plaster siling. Juga bagi duit. Plaster siling dah siap. Tapi saya beri duit semalam, belum habis. Saja saya hold dulu lebih kurang rm1900.

Kemudian terus balik SJ, ambil baju kat tailor. Time tu dah pukul 8.mlm. Baju hantar tghari rabu, tghari khamis siap. Sebab nak pakai, boleh terlupa ambik, tu yang call tailor minta ambik kol 8 mlm wpun dah tutup kedai.

Bila pergi sekolah, baju yang nak dipakai beramai-ramai, hanya saya sorang ja pakai. Sakit hati tak punya kawan macam ni. Sebenarnya dah lama saya rasa, saya pendam, demi persahabatan, saya telan semua pahit. Buat-buat tak tau. Dah banyak kali. Janji nak pakai ini, esok tak jadi. tak pulak beritahu pada saya. Saya faham, saya tak dak wassap. Wassap boleh, message saya tak boleh,? Itu kalau rasa saya kawan.... saya tahu saya bukan kawan mrk. Eh, emosi pulak...kecil hati punya pasai....

Lepas ambik baju, cari makan. Makan malam, kemudian hantar anak saudara yang saya jaga ke rumah MIL. Berbual mendengar rintihan MIL, kemudian baru balik rumah. Lbh kurang 9.45. Pukul 11.00 tidur. Hari yang paling penat.

Bangun pukul 1.45 pg, modified baju merdeka Iman yang nak masuk pertandingan hari ini. Nanti saya buat entry cerita ini....

Note : bukan senang nak memujuk hati sendiri untuk redha, walau apapun, ingan janji Allah.... sabar itu separuh dari iman.


No comments:

Post a Comment