Saturday, August 30, 2014

Desa Sena : Progress 1

Kami mula terjumpa rumah yang dibeli ini pada bulan Jun, ketika berada di Bank Persatuan. Selepas melihat tapak projek, masuk rumah fasa sebelumnya, tengok dalaman, kemudian, terus sign agreement 30 Jun 2012. Tawakkal... beli rumah baru aka rumah dalam proses.

Mula Projek
Dah nampak binaan


Ini line depan, rmh kami line belakang. 

Time ni nampak progress mcm slow sgt. Hati mula bergetar. Berdoa... sangat takuuuuuuttttttt, risau, cuak, dan mcm2 perasaan berkecamuk....

Bila call BPSP (Penjual-pembangunan milik Bank Persatuan (Tanah Bank Persatuan kan...)), jawapan mereka, "tunggu duit release...". Saya siap cakap dengan suami, "lepas ni tak nak datang tengok dah rumah ni, takut menghadapi kenyataan..."

Kenyataan yang sebenar.... (kami baru tahu minggu lepas berdasarkan apa yang diceritakan oleh seseorang yang bekerja dengan Pemaju dan beliau yang menjaga kawasan ini) ...sebenarnya ketika ini berlaku pergaduhan antara pekerja yakni pekerja Indon dengan pekerja Myanmar. Jadi stop progress. Saya perasan, rumput sampai naik melilit tiang rumah. Tu yang saya cuak, dah nampak 'sesuatu'. Rupanya betul insting saya, progress tak berjalan. 

Lama kami tinggal dari datang memerhati progress rumah ini. Berbulan-bulan jugak. Satu masa, suami pergi melihat, dah nampak progress kembali berjalan, line rumah kami dah ada bangunan. Alhamulillah.

Itupun saya masih tak mahu pergi selalu melihat. Takuttttttt...cuak sangat.....

kushhhh semangat tau ....


No comments:

Post a Comment