Saturday, July 12, 2014

Ramadhan 2014 : Tadarus al-Quran



Tadarus peringkat sekolah.

1. Tadarus guru-guru diadakan pada 4.7.2014. Semua guru berkumpul di Dewan Sekolah, Tadarus dan khatam. Selesai.





2. Tadarus murid-murid diadakan sepanjang minggu ini dan minggu hadapan. Jumaat, in sya Allah, akan diadakan majlis khatam. Juga di Dewan Sekolah. Tadarus hanya pada waktu rehat murid tahun 4-6. Hanya 8 kelas sahaja bertadarus, kelas yang lain berada di Surau untuk tazkirah Ramadhan. Kelas-kelas tersebut merupakan murid yang lancar membaca ayat suci al-Quran. Kelas lain, masih ada yang membaca iqra'. Pengisian tetap ada walaupun tidak bertadarus. 








Syukur alhamdulillah. Dapat menyemarakkan bulan Ramadhan disamping pelbagai aktiviti lain di bulan yang mulia ini. Sekolah saya sarat dengan aktiviti sepanjang Ramadhan. Antaranya, Tadarus guru dan murid, sambutan Nuzul Quran (khamis minggu depan), pertandingan hafazan, pertandingan merekacipta sampul duit raya, pertandingan meneka bilangan kacang, ceramah Ramadhan, tazkirah Ramadhan dan sambutan kemuncak Ihya Ramadhan dengan pemberian/sedekah kepada murid yatim dan susah.

Alhamdulillah.... semoga apa yang dilakukan mendapat keberkatan Allah S.W.T


No comments:

Post a Comment